Monday, 28 November 2022
Tuesday, 15 November 2022
Monday, 31 October 2022
PENAWAR KANSER SECARA ALAMI
Assalamualaikum..
Hari ni nak tulis pasal natural remedy for cancer. Arwah ayah saya dulu ialah pengamal perubatan tradisional. Beliau agak terkenal di daerah Papar, daerah kelahiran saya kerana dengan izin Allah. SWT, beliau telah banyak kali menyembuhkan pesakit yg menderita kanser payudara, dan bahagian badan yang lain kecuali cancer otak, leher dan hidung. Yang tu seingat saya tak ada pula yang sembuh. Mostly cancer payudara, dan yg lain-lain lah.
Beliau hanya menggunakan sejenis tumbuhan. Kalau kat sini kami panggil tumbuhan ni Akar Salak. Akar Salak ni sejenis tumbuhan yg boleh menjalar dan menumpang di pokok lain.
Tumbuhan ini banyak didapati di kawasan bakau berdekatan kawasan pantai. Akarnya direbus dan diminum, manakala daunnya diblender dan ditampal pada area yg bengkak atau sakit.
Kalau arwah bapa saya dulu, memang ada bacaan doa yg khusus bermula dari proses menebang akar salak sehinggalah proses memangkah kawasan yg bengkak atau kawasan yg sakit menggunakan kapur diiringi dengan doa. Saya tak ingat doa tu huhu. Buku catatan dah hilang. Yang saya ingat cuma wajib memberi salam kepada Nabi Sulaiman semasa hendak mengambil Akar Salak di kawasan bakau.
Baru-baru ni ada ketukan kecil sebesar kacang tanah size kecil kat payudara kanan saya. Saya ni sejenis yang jarang sangat sakit (Alhamdulillah) dan takut nak ke hospital. So, sebelum saya ke hospital, saya nak try berubat secara tradisional menggunakan herba dan pantang makan dahulu. Mudah-mudahan hilang ketulan itu huhuu. Doakan saya ya. Tacoddd sis nak kena bedah. Lagi takut kalau tiber disahkan menghidap cancer😭😭😭
Pantang makan sepanjang berubat cancer ni kalau menurut arwah ayah saya, jangan makan daging, ayam, seafood seperti udang, sotong dan ketam dan ikan yang berbisa. Ikan lain yang tak berbisa should be okay. Daging ni menurut pengamal ilmu perawatan batin yang pernah merawat kakak saya dulu, katanya daging adalah makanan cancer. Kalau tanya doktor, memang doktor akan kata tak ada pantang makan. Dan kalau ikut kajian terkini, gula juga salah satu penyebab cancer. Gula ni penyebab utama kebanyakan penyakit sekarang ni. Oleh itu, kurangkanlah pengambilan gula okay.
Air rebusan akar salak ni adalah untuk membuang angin di dlm badan serta menghilangkan dan mematikan akar cancer di dalam badan kita. Manakala daun akar salak pula adalah untuk mengecutkan bengkak. Itulah yang diberitahu oleh ayah saya dulu.
Air rebusan akar salak juga baik untuk diamalkan bukan sahaja untuk cancer tetapi juga untuk kesihatan dalaman.
Inilah rupa Akar Salak yang masih kecil tumbuh di tepi anak sungai berdekatan kawasan pantai. Kalau nak cari akar yang besar, kena cari yg dah menjalar dan menumpang kat pokok lain. Yg ni memang pokok kecil lagi.Daun yang telah dilurut dari tangkainya. Cuci, toskan airnya sebelum dikisar.
Inilah akar salak tapi yg ni pun taklah besar sangat. Lebih kurang besar jari telunjuk saya je.
Kikis kulit akar salak, kemudian potong kecil-kecil dan jemur sehingga kering.
Daun yang telah diblend dengan sedikit air. Toskan airnya.
Dah siap. Letak dalam bekas dan boleh simpan di dalam peti sejuk. Kalau berair, toskan saja. Tampalkan kat area yang bengkak. Balutlah dengan kain ke dan mana2 yang sesuai. Kalau kat breast, guna ja lah bra lama. Cari yang color hitam 😁 kalau berbekas oleh paste daun pun tak pa.
Ini akar salak yang telah dikeringkan.
Campurkan sedikit jintan hitam @ habbatussauda dan seinci @ sebiji kecil bawang merah ke dalam air rebusan akar salak.
Ready untuk merebus. Air tu agak2 ja lah. Saya pun main hentam ja😁
Air rebusan dah mendidih dan bertukar warna. Sejukkan dan boleh minum. Bacalah apapa doa. Contohnya Al-fatihah dan kemudian doalah sungguh2 minta disembuhkan. Allah maha mendengar♥️. Baki air rebusan boleh letak dalam peti sejuk dan minum sampai habis. Tak pasti brp lama tahan kat peti sejuk. Maybe kalau dah bertukar rasa dah tak eloklah tu hehe. Dan akar rebusan tadi jgn terus dibuang ya, boleh guna untuk rebusan seterusnya sampailah air rebusan dah jernih. Pastu bolehlah discard akar rebusan tu ya.