Saturday, 19 September 2026
Wednesday, 16 September 2026
BUTTER PRAWN SALTED EGG
Resepi ni utk 2 org makan: 1 slice butter
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1-2 biji cili padi (ikutlah nk pedas mana)
1/2 kiub ikan bilis (jangan skip!)
2 sdb salted egg (beli kat kedai bakery)
1 cwn susu cair @ 200ml cooking cream
1/4 cwn air
1 sdb tepung jagung (skip kalau guna
cooking cream)
1/2 sdt garam (adjust ikut suka) Semua tumis itu ini, jadilah sedap insya-Allah.
Tambah sayur yg korag suka, saya letak bayam & all done! Btw buatlah butter tu sampai brown, mmg naik sedappp bau dia 🤤🤤🤤
Serbuk salted egg kalau nak sedap mmg beli je dekat kedai jual alat baking. Jangan beli yg campuran tepung salted egg kat pasaraya. Tak cukup kick 🤭
Cdt: @fahaanuar
SPINACH BANCHAN
1. Celur bayam 10-15 saat & ice bath. Pastu squeeze sampai takde air
2. Potong bayam bagi kecik
3. Masukkan bayam dalam bekas & gaul dgn👇🏻
4. 1 sudu teh garlic cincang. Kalau byk nnt rasanya agak tajam.
5. 1 batang daun bawang hiris
6. (Ni wajib!) 1.5 sudu light soy sauce
7. (Ni lagi wajib!) 1.5 sudu pure sesame oil
8. 1 sudu bijan putih/white sesame seeds
9. Sikit gula (optional)
Siap! Selamat mencuba!
Cdt: @ainihadids
Tuesday, 15 September 2026
Sunday, 13 September 2026
Sunday, 6 September 2026
ROTI CANAI - MALAYSIA'S TOP BREAKFAST CHOICE
Roti canai is a popular Malaysian pan-fried flatbread with a crispy outer layer and soft, fluffy layers inside. It is normally served with dhal or meat curry.
Friday, 4 September 2026
Sunday, 30 August 2026
THIN COOKIE
Thin Cookie ni tengah viral gila dekat Korea🍪 Recipe dia actually senang sangat! Jom buat sama-sama 🤎
Butter 184g
Gula putih 240g
Brown sugar 110g
Telur 1 biji
Garam 7g
Vanilla extract 6g
Air suam 30g
Tepung gandum 240g
Chocolate 200g Bake at 170°C for 12 minutes.
Cdt : @threads @maryamyunrrr
Monday, 24 August 2026
MY LAST PAGE
I saw someone asked ChatGPT, "If you had to write a book about me what would be on the last page?" So, I decided to do the same thing😊
In the end, Rozie realised that her life had never really been measured by the big moments.
It was measured in smaller things: the students whose names she remembered long after they had left her classroom, the essays she read one more time because she knew a child could do better, the people she worried about, the friends she laughed with, and the ordinary days she somehow made important.
She had spent much of her life teaching people how to find the right words. How to explain. How to organise their thoughts. How to say what they really meant.
But perhaps the most important things about her needed no perfect sentence.
She cared deeply.
She tried.
She stayed when staying mattered.
She could be stubborn, particular, impatient and wonderfully difficult to convince once she had made up her mind. She questioned things. She changed things. She corrected them and sometimes asked for them to be redone all over again.
And underneath all of that was a woman who simply wanted things—and people—to become a little better than they had been before.
There were disappointments she carried quietly and people she wished she could have kept longer. There were chapters she would never have chosen for herself. Still, they became part of her story.
And when the classroom eventually grew quiet, when the papers had all been marked and there was finally nothing left that needed correcting, her story did not end there.
Because somewhere, someone would still write a sentence the way Miss Rozie taught them.
Someone would remember something she said.
Someone would be braver because she once believed they could be.
And perhaps that is one of the loveliest ways a person can remain in this world:
not by being remembered by everyone,
but by becoming a small, permanent part of the people they once cared for.
The End.
Although, knowing Rozie, she would probably circle “The End,” write “Too predictable” beside it, and ask for a better conclusion. 🩷
CRISPY GARLIC BUTTER CHICKEN THIGHS
AYAM PAHA MENTEGA BAWANG PUTIH RANGUP
🐔 Bahan Ayam
680 g paha ayam tanpa tulang, dengan kulit (lebih kurang 4–6 ketul)
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil lada hitam
½ sudu kecil serbuk bawang putih
½ sudu kecil serbuk paprika
🧄 Sos Mentega Bawang Putih
2 sudu besar mentega tanpa garam
5 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu kecil daun thyme segar atau ½ sudu kecil thyme kering
1 sudu besar daun parsley, dicincang
1 sudu besar jus lemon (jika suka)
Bahan Tambahan (Pilihan)
¼ sudu kecil chili flakes jika mahu pedas
2 sudu besar keju Parmesan parut
Rosemary segar sebagai ganti thyme
Cendawan yang dihiris
Hirisan lemon untuk dihidangkan
🍳 Peralatan
Kuali besar, sebaik-baiknya cast iron
Penyepit makanan
Mangkuk kecil
Tisu dapur
Termometer makanan (jika ada)
Cara Memasak
1. Sediakan ayam
Lap ayam dengan tisu dapur sehingga betul-betul kering. Ini penting supaya kulit ayam menjadi rangup.
Campurkan garam, lada hitam, serbuk bawang putih dan paprika dalam mangkuk kecil. Lumurkan campuran ini pada kedua-dua belah ayam.
2. Goreng ayam
Letakkan ayam dalam kuali yang masih sejuk, dengan bahagian kulit menghadap ke bawah.
Hidupkan api sederhana. Masak selama 8–10 minit sehingga kulit ayam berwarna perang keemasan dan rangup.
Terbalikkan ayam dan masak bahagian sebelah lagi selama 5–7 minit, atau sehingga ayam masak sepenuhnya. Jika menggunakan termometer, suhu bahagian dalam ayam perlu mencapai 74°C.
Angkat ayam dan ketepikan sebentar.
3. Buat sos mentega bawang putih
Dalam kuali yang sama, masukkan mentega.
Apabila mentega cair, masukkan bawang putih cincang dan thyme. Tumis sekejap sehingga bawang putih naik bau. Jangan sampai bawang putih hangus.
Jika mahu, masukkan chili flakes, Parmesan, cendawan atau jus lemon.
4. Gaulkan ayam dengan sos
Masukkan semula ayam ke dalam kuali.
Cedok dan siram sos mentega bawang putih ke atas ayam. Masak lagi selama 1–2 minit supaya sos meresap dan sebati.
Taburkan parsley sebelum dihidangkan.
⭐ Tips Supaya Ayam Rangup
Pastikan ayam kering sebelum dimasak. Mulakan dengan kuali sejuk dan bahagian kulit ayam di bawah. Jangan letakkan terlalu banyak ayam dalam satu kuali kerana ini boleh menyebabkan ayam berair dan kurang rangup. Selepas masak, biarkan ayam berehat selama 5 minit sebelum dimakan.
Cdt : @saltcaramel26
Resepi saya translate ke BM😁
Tuesday, 11 August 2026
CARBONARA VERSI JIMAT TAPI SEDAP
Atau...Versi kurang jimat, tak payah full cream or susu or tepung gandum! Just use cooking cream instead.. confirm jadi. Pastikan cream tu gelegak ok! Pastu bohh la cheese ke apa ke ikut suka..
Friday, 7 August 2026
SUP KOSONG ALA GERAI
1 inci halia
2 ulas bawang putih
Tumbuk kasar
1 periuk kecil air. Kalau dan banyak, gandakan bahan-bahan2 ya.
Masukkan pes sup tulang Adabi dalam 2 sudu kecil @ 1 bunjut sup
Masukkan batang daun sup, halia dan bawang putih.
Masukkan sedikit HomeMade chicken stock Maggi
Masukkan 1 sudu kecil lada sulah dan biarkan sup mendidih.
Last sekali taburkan daun sup dan bawang goreng.
Cdt : FB Eny Abdullah
SOY GARLIC CHICKEN WINGS
Bahan Perap:
• 15 pcs wings/drummets
• 4 ulas bawang putih tumbuk
• 1 sudu minyak masak
• 1 sudu sos tiram
• 1 sudu kicap cair
• 1 sudu kicap manis
• 2 sudu mayonis
• Optional: 1 sudu serbuk cili (kalau nak pedas)
Gaul & perap min 2 jam. Lagi lama lagi sedap!
Bakar dekat airfryer 150 degree.
Lepas 15min, terbalikkan ayam.
Bakar lagi 15min. SIAP! 🤗
Cdt : @threads tintagadis
Tuesday, 4 August 2026
ROASTED CHICKEN ALA KENNY ROGERS
Ayam ala Kenny Rogers..rasanya sedap dan juicy..3 kali dah buat anak suka makan🥰
🌷Resepi Roasted Chicken
🌼Bahan:
3 ketul peha ayam (Whole leg)
1 1/2 garam
3 sdm roasted chicken Mix Seasoning
3 sdm greek yourgurt
1 biji kentang
1 btg carrot
2 sdm minyak masak/Olive Oil
1 biji bwg merah/holland
6 ulas bwg putih
3 cube butter
Cara penyediaan:
🍭Basuh bersih peha ayam dah hiris.
🍭Potong kentang, bwg, carrot, butter.
🍭Letak ayam di bekas, masukan bahan satu persatu dan gaul hingga sebati.
🍭Panas oven suhu 170°c selama 10min.
🍭Letak ayam yang dah Mix di atas tray oven.
🍭Bakar pada suhu 170°c selama 40-45min.Pada 5 min terakhir naikan suhu 200°c..
🍭Siap. Selamat mencuba.
Nota:Air ayam boleh buat sos, tambahkan sos cili dan sos tiram.
Cdt : FB Nor Suhadha
Sunday, 2 August 2026
JUS KESIHATAN
Saya pernah berkongsi resepi ni digroup MAHN pada tahun 2017 & saya copy balik harini.
Semoga memberi manafaat kepada yang memerlukan.
Saya kongsikan resepi yang dikatakan bagus untuk sakit jantung & mengatasi masalah kolestrol yang tengah viral sekarang.
Saya cuba buat sendiri sebagai tonik kesihatan semulajadi. Dikatakan juga bagus untuk meringankan badan dan melawaskan pembuangan najis.
Tuan asal resepi, berkongsi masalah kesihatan dia semakin baik. Tak ada lagi sesak nafas, sakit dada, malah badan makin ringan bertenaga. Pembuangan lawas dan perut rasa sedap. Beliau juga tak perlu menjalani pembedahan bypass akibat ateri tersumbat setelah sebulan mengkomsumi resepi jus tonik ini.
Resepi ini juga bagus untuk ibu- ibu dalam pantang kembalikan kecergasan badan, kembalikan bentuk badan dan buang angin. Tapi pengambilan mesti ikot kesesuaian masing- masing jika bayi menyusu badan.
Resepi saya, saya kurangkan bahan- bahan separuh dari resepi asal.
RESEPI DAN CARA SAYA BUAT:
– Secawan cuka epal (Apple Cider Vinegar)
– 1/2 cawan madu
BAHAN A
– Bawang putih 5 ulas besar
– Halia 3 ketul besar
– Lemon 3 biji
-Kopek dan buang kulit bahan-bahan A
– Basuh dan bilas, kemudian potong bahan A kecil2.
Cara- cara:
– Blender semua bahan A dgn 2 cawan air.
– Masukkan bahan A dalam periuk.
– Masukkan juga secawan cuka epal(apple cider).
– Masak semua sekali dengan api sederhana sampai betul2 mendidih. (masa sedang kacau bacalah zikir yang bersesuaian untuk mencari barokah Allah)
– Angkat. Biar seketika dalam 30 minit, kemudian masukkan 1/2 cawan madu. Kacau rata.
– Biar betul- betul sejuk. Masukkan dalam botol. (Saya dapat 3 botol)
– Simpan dalam fridge.
– Minum 1 sudu kecil setiap pagi masa perut kosong.
Sukatan Minumannya :
Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari.
Tapi saya hanya mengambil satu sudu teh dan itu pon sudah cukup kuat.
Resepi asal
From Mufti Mohammed Kantharvi. London UK
Cdt : FB Shakina Ismail
Wednesday, 29 July 2026
PETUA DAGING CEPAT EMPUK
Cara rebus daging supaya cepat empuk.
1. Didihkan air sampai mendidih
2. Masukkan daging rebus sampai 5 minit
3. Tutup api. Biarkan daging dalam periuk selama 30 minit
4. Hidupkan api dan rebus dalam 7 minit.
5. Tutup 🔥
SALUTASI YANG BERUSAHA
'Yang Berusaha' ini sebenarnya untuk siapa?
Gelaran sapaan Yang Berusaha atau singkatannya YBrs. ini dikhususkan secara rasmi kepada pegawai tinggi kerajaan, pentadbir, atau pengerusi majlis yang TIADA GELARAN KEBESARAN seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Dato'.
Syarat utamanya ialah beliau TIDAK MEMILIKI sebarang gelaran kebesaran (Datuk/Dato').
Siapakah yang TIDAK BOLEH dipanggil 'Yang Berusaha'?
Jika pegawai/penceramah itu ada gelaran Datuk atau Dato', gelaran sapaannya WAJIB bertukar menjadi "Yang Berbahagia" (YBhg.), bukannya Yang Berusaha lagi!
Menteri/Ahli Parlimen/ADUN: Sapaan mereka ialah "Yang Berhormat" (YB).
Hakim/Tokoh Kehakiman: Sapaan mereka ialah "Yang Arif".
Mufti: Sapaan mereka ialah "Sahibus Samahah".
Apakah padanannya dalam bahasa Inggeris?
Ini soalan paling menarik! Dalam tradisi protokol bahasa Inggeris, TIADA PADANAN yang tepat untuk "Yang Berusaha".
Sebab apa? Kerana Yang Berusaha ialah falsafah bahasa Melayu yang menghargai "usaha dan perkhidmatan" seseorang pegawai.
Walau bagaimanapun, kita boleh menterjemahkan teks ucapan rasmi ke dalam bahasa Inggeris menggunakan padanan ini:
Padanan rasmi protokol yang paling sesuai ialah "The Esteemed" atau "The Respectable".
Contoh:
"Next, we welcome The Esteemed Mr. Ahmad, District Education Officer..." (Selaras dengan Yang Berusaha Encik Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah...)
Jika merujuk kepada pegawai diplomat/ ketua agensi, perkataan "The Honourable" kadang-kadang digunakan, tetapi dalam konteks Malaysia, The Honourable disimpan khas untuk Yang Berhormat (YB).
Jadi untuk Yang Berusaha, pilihan paling selamat dalam teks Bahasa Inggeris rasmi ialah "The Esteemed" atau sekadar menggunakan kata sapaan hormat rasmi "Mr./Mdm./Dr." berserta jawatannya.
Kesimpulan:
Pengetua/Pengarah (tiada gelaran Datuk): "Yang Berusaha Encik Hashim..."✅️
Pengetua/Pengarah (ada gelaran Datuk): "Yang Berusaha Datuk Hashim..."❌️
"Yang Berbahagia Datuk Hashim..."✅️
Bila kita faham protokol sapaan ni, barulah majlis kita nampak berprestij, santun, dan patuh pada tatasusila persuratan negara!
#kisahkerjaorangkamus #kamusdewanperdana #kdp #pekamus #yangberusaha
Cdt : FB Sanisah Hashim
Wednesday, 15 July 2026
PEACH LONGAN COCTAIL
Dessert 5 minit siap! Kalau tetamu dtg rumah bolehlah hidang menu ni, Peach Longan Cocktail. Sedappp sangat, minum sejuk2 cukup rasa masam manis tu 😍 bahan pun tak banyak & simple je.
Bahan2 :
1 tin buah peach, 1 tin buah longan (ambil buah saja), 1 tin susu cair, 2 sudu besar susu pekat, ais secukupnya.
Cara buat :
💐 Tos buah peach, ambik 2 biji & blend dgn air sikit je utk jadikan puree. Buah peach yg selebihnya boleh potong kecik. Boleh tgok gambar.
💐 Sediakan mangkuk besar & masukkan buah peach yg dah potong td, air buah peach, puree peach, longan (ambil buah saja), susu cair & susu pekat
💐 Kacau sekata, bila nak makan baru masukkan ais. Siap! Susu tu adjust la nak letak banyak mana, ikut taste masing2. Farah letak 2 sudu je.
Siap & selamat mencuba!
Cdt : FB Nor Farah Atika
Monday, 6 July 2026
Sunday, 5 July 2026
PETUA SWEET POTATO LEMBUT DAN SEDAP
Tips nak dapatkan ubi caramelized & tak kering.
BAHAN2NYA: Keledek madu asli
Tips:
• Pilih keledek yang elok / minimum calar atau lebam
• Pilih yang kurus-kurus, supaya lebih cepat masak sampai ke bahagian dalam
• Simpan dulu 2–3 hari, baru panggang
CARA2NYA :
•Cuci bersih
•Potong kedua-dua hujung ubi sikit sahaja
•Panggang dalam air fryer pada suhu 200°C selama 20 minit
•Selepas 20 minit, keluarkan dan celupkan ubi ke dalam air ais kira-kira 30 saat – 1 minit
•Masukkan semula ke dalam air fryer
CARA GORENG BAWANG RANGUP
1. Potong bawang, cuci dan toskan hingga kering .
2. Gaul bawang dengan garam secubit.(Utk garing dan rasa lemak manis).
3. Campak bawang ketika minyak belum panas. Goreng dgn minyak yg banyak.
4. Goreng dengan api yang besar. Kacau selalu takut hangit.
5. Angkat ketika mula menguning jangan tunggu coklat. Masa toskan leraikan bawang agar tidak berketul.
* Goreng kacang tanah gitu juga ketika minyak sejuk..2 bahan ni selalu org tertipu..bila angkat naik atas dia kena angin terus hangus..mesti angkat sblm nampak sgt garing..
Saturday, 4 July 2026
CEKODOK TEPUNG BERAS 100%
Betul... cekodok ni aku guna 100% tepung beras je.
Hari tu wife aku cakap dah lama tak makan cekodok pisang.
Tapi dia pesan awal-awal...
"Tak nak beli dekat kedai."
Aku tanya, kenapa?
Dia kata...
"Selalu pisang sikit sangat. Makan tepung je lebih."
Hahaha... ada betulnya.
Jadi aku ajak dia cari pisang yang betul-betul masak ranum.
Sekali beli tepung beras juga.
Kali ni aku nak cuba buat lain sikit...
Tak campur langsung tepung gandum.
100% tepung beras.
CARA-CARANYA :
Pisang aku lenyek sampai betul-betul lumat.
Lepas tu baru masukkan tepung beras sikit demi sikit sambil gaul.
Masuk pula secubit soda bikarbonat supaya cekodok naik cantik dan lebih ringan.
Memang aku sengaja lebihkan pisang.
Adunan dia memang nampak sedikit lembik.
Sebab tu aku tak terus goreng.
Aku simpan dulu dalam peti sejuk.
Bagi adunan lebih sejuk dan sedikit mengeras.
Esok baru goreng.
Hasil dia...
Luar rangup.
Dalam pula lembut, manis dan penuh rasa pisang.
Salah satu sebab tepung beras bagi hasil macam ni ialah ia tak ada gluten macam tepung gandum.
Sebab tu kulit dia lebih mudah jadi rangup bila digoreng.
Kalau korang suka cekodok yang rasa pisang dia betul-betul padu...
Cuba sekali buat guna tepung beras.
Cdt : FB Che Kam
Tuesday, 23 June 2026
RESEPI CEKODOK ANTI GAGAL
Cekodok pisang anti gagal, yg penting jgn derhaka resepi 🤭
Tips cekodok bulat2 :
1- minyak kena banyak hingga tenggelam cekodok
2- minyak betul2 panas baru masukkan adunan
3- after cekodok dah kuning2 gelap, tekan cekodok (refer dlm video)
4- sepanjang masak, api sederhana (tak slow & tak kuat).
Jangan leka, nnti boleh hangus. Cara cekodok tak serap minyak :
1- masukkan adunan masa minyak panas
2- api sederhana (jgn buka api kecil) masa masukkan cekodok
3- jgn terus tekan2 cekodok after masuk dlm kuali, tggu cekodok masak, baru boleh tekan2 dia
Sukatan utk 25-30 biji cekodok pisang (bergantung size kita buat)
-5 biji pisang berangan masak
-4 sudu besar gula
-8 sudu besar tepung gandum. Boleh kurangkan jd 6 sudu besar kalau suka rasa pisang lebih
-1/2 sudu kecil baking powder
-1/2 sudu kecil baking soda
-1/2 sudu kecil garam
Siap & selamat mencuba ♥️
Cdt : FB Nor Farah Atika



















































