Please HELP ME πππππ
I think my 13yo son is gay..
Dia anak kedua daripada 3 beradik. Tapi dia satu²nya anak aku yg paling lembut perangainya, paling rajin ibadah, paling sabar, paling perhatian dekat aku sbg ibu, paling senang dididik, paling bijak… Tapi hati dia sgt sensitif… mudah menangis walaupun diam²…
Dia mmg x suka aktiviti outdoor, lagi² panas²… dia sangat introvert… sehari² dia banyak berkawan dgn adik perempuan dia yg umur 8 tahun tu…
Sebenarnya aku dah lama curiga… sebab dia mmg sgt rapat degan aku… dan aku nampak perubahan dia makin jelas sejak dia baligh beberapa bulan lepas… Cara dia, gesture dia, nada suara dia… bagi aku memang terasa sangat aura “tu”…
Tapi aku cuba nafikan… aku cuba denial… aku dah mula jaga jarak dengan dia… lepas tu aku benarkan dia pinjam phone aku untuk chat dengan kawan² dia kat WhatsApp (sampai sekarang aku belum bagi dia phone sendiri)… aku igt aku dah berjaya…
Tapi kejadian 3 hari lepas tu aku tak boleh lupa…
Masa kami sekeluarga tengah makan kat satu restoran outdoor luar bandar… ada seorang pekerja lelaki datang nak kemaskan meja… Masa tu anak aku dengan adik perempuan dia tengah main dengan kucing kat situ…
Lepas tu lelaki tu pun ikut gelak dan main dengan kucing tu sekali…
Dan aku nampak… anak lelaki aku tu tersipu²… salah tingkah… yang sangat² buat aku terkejut… dan rasa lemah… ππ
Masa tu aku terus alihkan perhatian dia… aku ajak dia pergi tempat lain… kebetulan nak solat, jadi aku tarik dia ke surau…
Ya Allah… aku terus lari ke toilet… aku menangis… aku takut…
Tolong… aku kena buat macam mana?
Ayah dia? Tak boleh harap… ayah dia jenis lelaki patriarki… suka membuli anak aku tu… suka usik, ejek, macam²…
Abang dia ada… tapi abang dia garang dengan dia…
Cdt : FB Pelukan Hati Si Kecil
NASIHAT NERIZEN SEORANG BEKAS GAY
Kepada puan.. baca apa yg sy tulis.
Apa yg anak puan alami.. sama seperti saya.
Ringkaskan.. ya saya seorang gay.
Ayah yg garang.. saya jadi takut lelaki dan trauma.
So sy rapat dgn ibu . Sy x ada kawan lelaki pon di sekolah.
Abg suka pukul sy, jd sy kawan adik perempuan.
Ini lumrah manusia mencari tempat selamat.
Benda ni naluri.. sikit demi sedikit terbentuk dan terpupuk dek suasana rumah..
Anak puan? Ya dia akan jadi gay. Masih boleh di selamatkan? Ya boleh puan. Caranya..
1. Jauhkan dia dari rapat dgn adik perempuan
2. Abg kena selalu bermain dgn dia permainan yg lasak dan tidak membuli dia. Support dia.
3. Peranan ayah yg sgt penting.. ayah jaga mulut, jaga tangan.. ayah sy dulu pernah memanggil saya pondan π₯Ή. 45 tahun sy masih terluka dan percaya kata2 itu. Akhirnya menjadi.
4. Puan belilah mainan lasak utk dia. Bola, kasut bola. Bawa main pinball. Apa2 sukan lasak.
5. JANGAN SESEKALI MASUKKAN DIA KE ASRAMA ‼️
6. Elakkan dia tidur bersama lelaki, abg, ayah, sepupu2 lelaki. Mandi bersama.. sbb dia dah ada first step tu. Bahaya... Dia lagi mudah terpupuk. Kalau budak2 nakal.. normal. Benda tu akan jadi usik² yg kelakar.
Utk seperti dia. Sgt BAHAYA.
Jika satu masa dia nampak perubahan. Dia boleh kembali menjadi lembut.. pondan? Ya boleh.
Sbb ini naluri puan . Dia akan triggered dgn keadaan sekeliling. Contoh apabila dia bljr di Uni atau mana2.. dia akan berkawan dgn org yg sefrekuensi dgn dia. Geng2 lembut ni lah.. dan makin lama makin terhanyut. Sy tidak bercakap dr segi teori.
Ini fakta. Ini dunia saya.
Lelaki lembut tidak gay? TIADA PUAN.
Hanya kami sahaja tahu. Artis, ustaz, tiktokers. Yg kawin, yg x kawin.. sekali tgk sy boleh tahu puan.
Tak payah la nak ckp, oh dia lembut tapi tak gay.. no puan.. no... Hanya boleh kawal shj. Dan elakkan benda itu.. sedikit sebanyak naluri itu ada. Hanya percent yg membezakan ketertarikan dia pada mana jantina dan kemampuan dia utk menahan..
Sy dlm kawalan nafsu. Tidak sesekali sy akan terjebak di dalam kancah maksiat itu LAGI.
Jika nak minta nasihat atau pandangan.. boleh je DM sy.
Untuk saya..
Alhamdulillah sy 11 tahun sudah berkahwin.. 11 tahun meninggalkan dunia itu. Caranya? Sgt2 susah puan..
Ini jihad sy.. semoga Allah memandang usaha sy.
Pd tuan2 dan puan2..
Jika usia anak2 masih sekolah rendah. Jgn lah terlalu di lepas sendiri.. tandas awam sendiri.. biar ke surau lama² ( habis waktu solat balik). Kerana waktu ini mereka tidak memilih malah mereka di pilih.. Mata predators ni sentiasa menunggu waktu sesuai.. tak semua benda anak2 akan report, ada yg mereka kena grooming sehinggalah enjoy dan ketagihan.
Usia anak 13 -15 tahun tu pula sgt lah bahaya . Waktu ini mereka start memilih..Perhatikan lah circle mereka.. dgn siapa mereka berkawan.. artis mana mereka suka. TikTokers mana mereka suka tgk.. Silap ikut akan kekal dalam diri sampai bila²..
Semoga anak2 kita tidak di uji seperti saya. Aamiin
Komen netizen dan bekas gay : FB Tez Amad

