Tips untuk masak nasi guna beras Basmathi supaya lembut, berderai dan masak sekata...
-Basuh beras bersih dan rendam 20 minit dalam air yg diletakkan dgn garam sedikit....(petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut)
- Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air(1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yg korang nak masak..
-Untuk memasak didihkan dulu air baru masukkan beras..
-Kacau beras semasa air masih banyak, jika dh kering better kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah...
- Untuk mewarnakan nasi korang tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap baru kacau...
- Untuk nasi2 yang dimasak untuk tempahan, last sekali letak dua sudu butter...
Kredit: Faizah Md Zain