About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, 24 November 2024

TUNA MELT TOAST

 


TEMBIKAI AIS


 

SAGO MANGGA

 


PUDING RONARONI

Resepi puding terpaling sedap dan gebu. Resepi mak saya. 


BAHAN - BAHAN :

1 paket serbuk agar² 10g

1 tin susu cair

1/2 tin susu pekat

3 tin air kosong

2 sudu besar tepung kastard 

1 sudu kecik esen vanilla


CARA - CARA :

Masuk semua dalam periuk

Kacau jangan henti ya api slow

Sampai didih matikan api

Bila dah suam, tuang dalam bekas

Nak buat yg fruity boleh sapu filling tepi bekas

Kalau nak buat yg adea topping, sila tuang (1sb gelatin dan air suam larut kan campur pada filling yg disukai. Pastu boleh tuang atas puding)

Dah siap boleh sejukkan. Senang kan😊

1 adunan boleh dapat 40 pieces


Credit : Azlina Ina Fans






Friday, 15 November 2024

KACANG GORENG BEREMPAH

Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni..


500gm Kacang tanah

5 Ulas bawang putih (ditumbuk)

1 sb serbuk cili

2 sb gula

3 sk garam

2 biji telur

5 sb tepung gandum

1 sb tepung beras

*sb - Sudu Besar

*sk - Sudu Kecil


Cara-caranya :

● Bersihkn kacang tanah...(bilas n jemur kering sehari sebelum nk buat

● Campur semua bahan (kacang+bwg putih+serbuk cili+gula+garam+telur)

● Gaul smpai sebati

● Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati

● Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana

● Bila dah masak, angkat dan tapis/tos kan minyak sebelum dimasukkan dlm bekas.


Kredit  : Siti Azura






Thursday, 14 November 2024

MEE KARI STYLE CHINESE IPOH

Bahan A:

(Kisar halus) 

Bawang merah 4 ulas

Bawang putih 3 ulas

1 genggam ikan bilis

1 batang serai dititik


Bahan B:

4 sb rempah kari ikan 

1 sb cili kisar (ikut suka nak pedas mana)

1 kotak santan kara

Segala jenis fishball, fishcake, tofu kosong

2 ketul kiub ayam 

Garam

Gula

Serbuk perasa


Bahan C:

(hiasan)

Taugeh tak perlu celur

Daun bawang


Cara-cara:

Panaskan minyak goreng serai sampai naik bau. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak. Masukkan rempah kari dan cili kisar yg telah dibancuh air.


Tumis 3x kering air. Tambah air secukupnya + 1 kotak santan kara, kiub ayam, garam, gula. Masukkan segala jenis fishball & tofu kosong. Masak hingga mendidih.


Ps: Minyak jgn byk, sbb nk mkn dgn mee, nnt cepat muak. Kuah kari ni kene cair2 je tau. Cukup rasa rempah & santannya. Ngam kalo mkn dgn fucuk ikan goreng 🥰


Kredit : Dora Nurlaily KJ