About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday, 21 July 2025

Baja Kompos Organik

Proses langkah demi langkah untuk mengkompos sisa organik dari dapur menjadi tanah yang kaya nutrien untuk berkebun:


Langkah 1: Kumpul dan asingkan sisa makanan dan bahan tumbuhan seperti sayur-sayuran, daun-daun dan buahan tidak berasid, yang berfungsi sebagai asas kepada kompos. 


Langkah 2: Tambahkan air ke dalam campuran, bagi membantu proses pereputan bahan organik. Sebaiknya Air Campuran EM Effective Microorganism. 


Langkah 3: Timbunan kompos selepas beberapa hari dibolak balikan,  bagi mempercepatkan pereputan. Sehingga berwarna kehitaman dan suhu tanah yang stabil (tidak panas). 


Langkah 4: Hasil akhir: kompos yang subur dan kaya nutrien telah digunakan untuk menyuburkan tanaman secara organik


Jom manfaatkan pengkomposan dalam amalan berkebun secara lestari.


#KebunOrganik #KebunTanpaRacun #KebunMuniAbi

FB : Syafiq Wazan



Friday, 11 July 2025

ACAR KULIT LIMAU KASTURI




 

Thursday, 10 July 2025

CARA PASANG VINYL UNTUK NEWBIE🤭

 Hampa.. Seperti yg kami janjikan kemarin..


tips kalau hampa nak pasang vinyl floor corak tulang ikan.


Alasan-


Susunan cara 1 tu rapat ke dinding..

Mmg akan menjimatkan penggunaan vinyl.

Mudah tuk hampa nk potong vinyl tu tadi sb potongan menegak ja.

Kurang wastage nanti.

Jimat vinyl, jimat la duit hampa.


Susunan cara 2 tu pun boleh..tapi akan guna byak vinyl nanti.. Sb pa? Sb tepi dinding nanti hampa kena  potong senget.. Byak wastage vinyl akan terjadi..so bazir ja.. Kalau expert yg buat, depa boleh potong bagi sama..

Kalu nubis cam kita ni haa, tangan pun terketaq2 nak potong, jgn harap nak sama dan ngam tuk sambungan vinyl..


Hampa paham dak? Kak hampa nak buat video pun malu🤭

Kalau xfaham, hampa tnya la na..


Sekian sedikit perkongsian dari kak yg x seberapa ni.


Kalau ada otai2 yg expert, sila betulkan kalau salah. 


Hari ni kak pasang lantai guna gam tarik bulan(dunlop, ca blue) sb ni pasang kat bahagian depan umah.. Tahan ayaq. Customer xmau corak tulang ikan.. Kalau dak kak belanja hampa video tadi😉✌️


Sini kak sertakan video cara nak sapu gam ni.. Smbil2 kak hampa ngah pening gam ni.. Sampai ke bulan dah ni ha.


Enjoy na.. Maaf kalau ada silap dan salah.


Semoga bermanfaat untuk semua


Kredit : Encik Bard






Thursday, 3 July 2025

PETUA HILANGKAN KOTORAN PADA CUCIAN

 Petua A

Hanya dengan menggunakan sabun pencuci pinggan + sitrun + air, ternyata boleh membersihkan pelbagai jenis kotoran seperti:

  1. Kesan Karat
    Kesan karat pada baju, lantai jubin, atau sudu boleh hilang dengan campuran ini.

  2. Baju Putih Kusam
    Rendam baju putih yang sudah kelihatan kusam menggunakan campuran ini, kemudian lihat hasilnya. Namun, penggunaan bahan ini tidak digalakkan setiap kali mencuci.

  3. Kain Dapur Kotor
    Jika tiada soda penaik, anda boleh menggunakan sitrun untuk mencuci kain dapur yang kotor.

  4. Kesan Kunyit
    Kesan kunyit pada kain atau peralatan boleh hilang dengan campuran ini. Rendam selama 30–60 minit, nescaya kesan kunyit akan hilang.


Petua B

  1. Kesan Dakwat: Gunakan alkohol/pencuci tangan (hand sanitizer)
  2. Kesan Minyak: Gunakan tepung jagung atau bedak bayi
  3. Kesan Rumput: Rendam pakaian dalam air sejuk yang telah dicampur sabun pencuci pinggan
  4. Kesan Cat: Gunakan penghilang cat atau thinner
  5. Kesan Luntur: Rendam pakaian dalam air panas yang dicampur garam/ajinomoto dan detergen
  6. Kesan Kuning (deodoran): Tabur garam dan sabun pencuci pinggan, biar seketika kemudian sental
  7. Kesan Kuning (bawah lengan): Gunakan bedak bayi, soda penaik, atau cuka
  8. Kesan Nasi: Gunakan sabun pencuci pinggan, ubat gigi, atau soda penaik
  9. Kesan Kulat: Gunakan campuran peluntur dan detergen cecair
  10. Kesan Minyak Enjin: Gunakan gel lidah buaya atau campuran soda penaik dan detergen
  11. Kesan Degil: Rendam dengan sodium perkarbonat + sabun pencuci pinggan + air panas

~Semoga Bermanfaat 👍
#petua #tipspembersihan #rumah #trikberguna #tutorial