About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday, 3 July 2025

PETUA HILANGKAN KOTORAN PADA CUCIAN

 Petua A

Hanya dengan menggunakan sabun pencuci pinggan + sitrun + air, ternyata boleh membersihkan pelbagai jenis kotoran seperti:

  1. Kesan Karat
    Kesan karat pada baju, lantai jubin, atau sudu boleh hilang dengan campuran ini.

  2. Baju Putih Kusam
    Rendam baju putih yang sudah kelihatan kusam menggunakan campuran ini, kemudian lihat hasilnya. Namun, penggunaan bahan ini tidak digalakkan setiap kali mencuci.

  3. Kain Dapur Kotor
    Jika tiada soda penaik, anda boleh menggunakan sitrun untuk mencuci kain dapur yang kotor.

  4. Kesan Kunyit
    Kesan kunyit pada kain atau peralatan boleh hilang dengan campuran ini. Rendam selama 30–60 minit, nescaya kesan kunyit akan hilang.


Petua B

  1. Kesan Dakwat: Gunakan alkohol/pencuci tangan (hand sanitizer)
  2. Kesan Minyak: Gunakan tepung jagung atau bedak bayi
  3. Kesan Rumput: Rendam pakaian dalam air sejuk yang telah dicampur sabun pencuci pinggan
  4. Kesan Cat: Gunakan penghilang cat atau thinner
  5. Kesan Luntur: Rendam pakaian dalam air panas yang dicampur garam/ajinomoto dan detergen
  6. Kesan Kuning (deodoran): Tabur garam dan sabun pencuci pinggan, biar seketika kemudian sental
  7. Kesan Kuning (bawah lengan): Gunakan bedak bayi, soda penaik, atau cuka
  8. Kesan Nasi: Gunakan sabun pencuci pinggan, ubat gigi, atau soda penaik
  9. Kesan Kulat: Gunakan campuran peluntur dan detergen cecair
  10. Kesan Minyak Enjin: Gunakan gel lidah buaya atau campuran soda penaik dan detergen
  11. Kesan Degil: Rendam dengan sodium perkarbonat + sabun pencuci pinggan + air panas

~Semoga Bermanfaat 👍
#petua #tipspembersihan #rumah #trikberguna #tutorial

0 comments:

Post a Comment