About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, 5 October 2025

PBD : Panduan Merekod Perkembangan Murid Dalam Kelas

PBD: PANDUAN MEREKOD PERKEMBANGAN MURID DI DALAM KELAS

Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk merekod perkembangan pembelajaran murid sebagai rujukan rakan guru. Rekod ini penting ketika guru membuat penetapan TP kemahiran (bahasa) dan keseluruhan selain evidens buku latihan dan ujian/kuiz yang dilaksanakan kerana pentaksiran tidak berlaku melalui kaedah tulisan semata-mata. 

Dengan adanya catatan perkembangan pembelajaran murid, guru-guru lebih mudah menjelaskan tahap kemajuan murid kepada ibu bapa dan tindakan yang boleh diambil bagi membantu murid terbabit.


A. CARA MUDAH DAN PANTAS

1.  SENARAI SEMAK RINGKAS ✅

 • Tandakan ✅ (kuasai) / ❎ belum kuasai).

 • Cepat dan sesuai apabila murid ramai.


2.  KOD WARNA

 • Hijau = Konsisten & Menjadi Contoh

 • Kuning = Boleh Buat & Kukuh

 • Merah = Tahu & Faham

   Sekali pandang nampak pola kelas.


3.  KOD BINTANG

 • ⭐️ = belum menguasai

 • ⭐️⭐️= dalam proses menguasai

 • ⭐️⭐️⭐️= telah menguasai

 • ⭐️⭐️⭐️⭐️= bantu kawan


4.  STICKY NOTE (Cara saya dulu)

 • Catat nama ringkas murid & pemerhatian 

   simpan dalam buku rekod atau fail khas/           murid.

 • Bukti mudah untuk semakan PBD.


5.  RAKAMAN SUARA /VIDEO RINGKAS

 • Sesuai untuk mengajar kemahiran bacaan, 

    hafazan, lisan.

 • Bukti autentik tanpa menulis panjang.


6.  CATATAN PADA BUKU NOTA MINI GURU

 • Catat perkembangan setiap murid, lihat  

    perubahan dan kemampuan murid 

    berdasarkan SP (catatan anekdot : Ali 

    mampu kira tambah dua digit)


7.  APLIKASI DIGITAL PERCUMA

 • Google Form, Padlet, ClassDojo.

 • Rekod tersimpan automatik.


8.  EXIT TICKET

 • Murid jawab 1 soalan ringkas sebelum tamat  PdP.

 • Guru kumpul untuk dijadikan data tahap  murid.


B.  RUBRIK (Lebih Sistematik)

 • Definisi: Deskripsi tahap penguasaan bagi 

    sesuatu SK (TP1–TP6).

 • Kelebihan: Spesifik, konsisten, mudah 

   jelaskan pada ibu bapa/pentadbir

 • Contoh BM (Menulis Karangan):

 • TP1: Menyalin perkataan asas.

 • TP2: Menulis ayat mudah dengan 

    bantuan.

 • TP3: Menulis 3–4 ayat lengkap.

 • TP4: Menulis perenggan ringkas.

 • TP5: Menulis karangan ringkas dengan 

    isi tersusun.

 • TP6: Menulis karangan matang dengan 

    hujah bernas.

*Apabila murid hasilkan tugasan, guru tanda pada rubrik - sudah menjadi rekod perkembangan.


C. CARA LAIN (Fleksibel & Kreatif)


1. CHECK IN/ CHECK OUT MURID                               

      •    Murid pilih warna / kad ikut kefahaman  sebelum  dan selepas PdP.          

       •   Guru ambil gambar → bukti progres.


2. BUKU REFLEKSI MURID                                       

        •   Murid tulis “Hari ini saya faham …” / “Saya masih keliru tentang …”.                

 Guru semak dan boleh padankan dengan TP


3. PORTFOLIO MURID (Digital /Fizikal)                                         

       •  Simpan hasil kerja terbaik murid.           

       •   Label TP pada setiap hasil.


4. PENILAIAN RAKAN SEBAYA

 • Murid nilai hasil kerja rakan ikut kriteria    

    mudah.                                                         

 • Guru sahkan dan catat 


5. GAMIFIKASI/LENCANA DIGITAL.                         

      •    Murid dapat “badge” atau bintang ikut    

            penguasaan.                                                     

      •    Rekod perkembangan boleh dijejak dari 

            jumlah lencana.


- Guru bebas mencatat di mana-mana sahaja, tidak ada ketetapan. Yang penting cikgu dapat menunjukkan catatan atau rekod perkembangan kemajuan murid yang dibuat apabila diminta.


*Semoga bermanfaat*

FB : Sisc Azura

PENAWAR KERACUNAN MAKANAN

Sardin penyelamat pantas tatkala keracunan makanan.

Saya telah pelajari ilmu ini sejak awal perkahwinan lagi, ketika itu, terbaca di salah satu laman perkongsian bagaimana sardin boleh dijadikan penawar sekiranya keracunan.

Ada satu ketika, semasa perjalanan pulang ke Kelantan bersama isteri, disebabkan gabungan makan atau gerai yang disinggah itu kurang bersih.

Saya diserang keracunan makanan, ketika itu badan terasa tidak sedap seperti keracunan (saya pernah juga keracunan sebelum itu).

Setibanya di bandar Raub, saya terus mencari kedai 7-Eleven berdekatan. Masuk ke dalam kedai tersebut, dan cari sardin dalam tin.

Kemudian masuk semula ke dalam kereta, dan buka tin sardin dan jamah terus seketul ikan sardin itu mentah-mentah.

YA memang tidaklah sedap pun bila makan terus begitu.

Namun demi penawar pantas, saya kunyah dan telan terus.

Kemudian saya tunggu beberapa minit, terasa satu badan seakan kena elektrik (tak tahu macam mana nak terangkan).

Akhirnya selepas lebih kurang 5-10 minit, badan saya kembali cergas seperti asal.

Penawar sardin itu memang berkesan.

Saya telah cuba beberapa kali untuk kes keracunan, setakat ni alhamdulillah menjadi penawar segera.

Andai anda dalam keadaan keracunan dan jauh daripada hospital atau klinik, bolehlah jadikan sardin mentah ini sebagai penawar pantas.

Bagus dijadikan bekalan untuk yang sering pergi berkhemah sebagai penawar, bukan sekadar makanan semata-mata. 

Sumber : Hadihaizil Din

Nota sardin : sardin yang digunakan adalah jenis sardin, bukan mackerel ya.




THE BEST SUNSCREEN