Dulu selalu beli minyak botol… Pastu ada orang cakap, kenapa nak membazir sedangkan boleh je beli minyak paket sebab murah... Sama je minyak cuma packaging je lain…
Rupanya perbezaan dia pada nombor kod dalam bulatan tu… Kalau minyak botol pun ada kod yang berbeza…
Kod dia dan penerangan seperti di bawah ππ»ππ»ππ»
π CP6 - Minyak lebih sihat, ada kandungan vitamin E, Tocotrienols, kurang berbuih dna makanan lagi sedap… Sesuai untuk salad dressing dan makanan suhu rendah…
π CP7 - Kandungan asid lemak lebih tinggi, minyak cepat berbuih dan makanan cepat serap minyak… Sesuai digunakan untuk memasak dan mengoreng…
π CP8 - Minyak cepat berbuih dan jadi hitam... Tidak boleh digunakan berulang kali…
π CP10 - Minyak paket gred rendah senang berkeladak…
Kiranya ada perbezaan begitu lah… Minyak paket murah sebab ada subsidi…
Semuanya atas kita macam mana cara penggunaan…
π Jangan guna minyak berulang kali…
π Jangan guna minyak sama bila minyak bertukar warna…
π Jangan guna minyak apabila asap banyak dihasilkan ketika dipanaskan…
π Buang minyak apabila menjadi likat…
π Kalau goreng haiwan berdarah, jangan diulang pengunaan minyak yang sama cukup hanya sekali sahaja… Sebab darah tersebut akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemak minyak tu… Bahaya pada tubuh badan…
Minyak masak terpakai jangan dibuang, kumpul banyak-banyak sebab boleh dijual balik… Minyak masak recycle digunakan untuk buat biodiesel… So tak lah rasa membazir walaupun hanya sekali guna je… Peace ✌π»
FB : Ann Kijon
0 comments:
Post a Comment