About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
I am happy with my life right now. The good outweighs the bad, and I realise how blessed I am❤️ Alhamdulillah��
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday 30 September 2018

RESEPI TERUNG BAKAR AIR ASAM LEMAK
Cdt : Arieza Rieza @MAHN





Bahan - bahan :
* Terung ( bakar)
* Cili besar 2 biji cili padi 2 biji dan belacan ( tumbuk kasar)
* Santan 
* Perahan limau
* Garam gula
* Bawang besar dimayang
* Cili padi potong

Cara buat :
Bahan ditumbuk masukkan dlm mangkuk kecil dan masukkan kesemua bahan. Gaul2. Rasa dah ok boleh makan dgn nasi panas2..

Selamat mencuba!

Monday 10 September 2018

RESEPI KEK COKLAT KUKUS
Credit : Cik Bunga Matahari






Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus (Menggunakan sukatan cawan )

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus

Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

Sapukan marjerin pada loyang. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
Kukus kek selama 1 jam.

Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega

Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk. Kacau perlahan sehingga larut. Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih. Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

Sunday 2 September 2018

RESEPI DAGING GORENG KICAP KERING



Bahan-bahan :

1/2 kg daging(potong nipis n bersihkn dan gaulkn dgn garam,kunyit n perasa)
2 biji bwng besar-hiris
2 biji cili hijau-hiris
2 biji cili masak-hiris
2 ulas bwng putih-hiris
1 sudu mkn sos tiram
Sedikit lada sulah
Kicap

Cara-cara :

Masukkan daging yg siap gaul garam kunyit td dlm kuali utk keringkn airnya..
Bila air daging dh x ada..masukkan minyak(lbh ckit supaya daging masak rata)
Goreng hingga daging garing(warna keperangan)
Masukkan sos tiram n lada sulah
Masukkan semua bhn hiris
Akhir sekali masukkan kicap (x perlu byk sgt ya)

Credit : Mazliza Ahmad - MAHN
RESEPI SINGGANG PEDAS IKAN (Versi Terengganu
Credit : Hanieliza Kamarudin - MAHN



Bahan-bahan :

4 ekor ikan kerisi
5 biji cili api
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
3 cawan air
5 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
2 kuntum bunga kantan (Dibelah 2)
8 tangkai daun kesum

Cara Membuat :

1. Ikan kerisi dibuangkan sisik dan dibersihkan. Kelarkan.
2. Masukkan cili api, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus.
2. Masukkan bahan kisar, asam gelugor, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
4. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit.
5. Hidangkan.
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET
Credit : Nur Azie



Bahan-bahan :

-cabai hidup*
-cabai melaka*
-belacan
-bawang besar*
-bawang merah*
-bawang putih sebiji cukup*
-tomato*
Sukatan bahan terpulang pada hampa semua naa, nak makan utk ramai buh bahan banyak, nak bagi pedas buh cabai melaka bagi byk

Cara-cara :

Goreng bahan yg bertanda * dgn sedikit minyak sehingga layu,b elacan kena bakar tau...kemudian tunggu bahan digoreng sehingga sejuk...bila dah sejuk tumbuk semua bahan diatas termasuk belacan hingga lumat, klu hampa nak blend pun tak pa..tapi azi suka tumbuk guna lesung lagi..biar pecah peluh perempuan Melayu terakhir๐Ÿ˜‚...(ok serius balik) last sekali goreng balik sambal yg dah ditumbuk..masukkan garam, gula dan perahan limau..air buh sikit tau jgn byk pulak....siapppp

Nur Azie๐Ÿ˜˜
CHICKEN WING SWEET AND SPICY RECIPE
Credit : Amira Hasan



Bahan-bahan :

Chicken wings - bersihkan
Kicap manis - brand apa pun ok
Sos tiram
Madu
Sos cili pedas
Serbuk sweet paprika @ serbuk cili
Serbuk black pepper
Bawang putih n halia (termasuk kunyit tu yang kuning..ehehehe..tumbuk lumat yer)
Halia tu dalam 2ruas..bwg putih dalam 10 ulas utk 10ketul chicken wings 
Perencah cukup rasa..klo xnak boleh letak garam n gula secukup rasa.

Cara-cara :

Campurkan semua bahan secukup rasa. 
Perap selama sejam atau lebih
Panaskan minyak dalam kuali (sikit ajer)
Tuangkan semua masuk.guna api perlahan saja. 
So biarkan masak..alih2kan untuk elakkan hangit.

Tadaaaa...dah siap!

Selamat mencuba!๐Ÿ˜Š
RESEPI PAPRIK AYAM
Credit : FB Koleksi Resepi Masakan Ayam



Bahan-bahan :
Bawang putih , bawang besar, bawang merah , sos cili tomato tiram, cili padi, serai , ayam, air sikit , lobak  kubis bunga , kacang panjang dan daun limau purut , garam gula secukup rasa (jika perlu)

Cara-caranya :
1.Tumis bawang putih 
2.Masukkan bawang besar cincang
3.Masukkan sos cili + sos tomato + sos tiram=kacau sebati
4.Masukkan serai +cili padi
5.Masukkan aym dipotong halus
6.Tambah air jika perlu
7.Masukkan lobak merah + bunga kobis + kacang panjang + daun limau purut


***klu sy...tambah cili blend sikit..pes tomyam sikit
RESEPI AYAM MADU LELEH
Credit : Senangnya Masak



BAHAN-BAHANNYA:

6-7 ketul kepak ayam (atau bahagian lain mengikut pilihan anda)
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos barbeku (jika mahu)
2cm halia | ditumbuk halus
4-5 ulas bawang putih | ditumbuk halus
Madu secukupnya
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. Rebus ayam seketika. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan untuk membuat sos perapan. Kemudian perap ayam selama ½ jam atau lebih.
3. Kemudian panggang tp kalau nak goreng pun boleh. sehingga masak.
4. Oleskan madu pada ayam yang sudah siap dipanggang atau digoreng.
Sos perapan memudahkan ayam untuk hangus jika digoreng terlalu lama. Sebab itulah, sebaiknya rebus seketika ayam anda.
Bagi mengelak daripada terkena minyak panas ketika menggoreng ayam, tutup kuali.
Siap!

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN 
(This is my fav๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹)
Credit : Che' Nom




  • Masa Penyediaan: 10 minit,
  • Masa Memasak:10 minit,
  • Jumlah Hidangan:6 orang 



Bahan-Bahan:

  • 10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2-3 helai daun pandan
  • beberapa titik pewarna hijau
  • beberapa titik perasa pandan (pandan essence)

Cara Penyediaan:


  1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
  2. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati.
  3. Pukul sedikit telur bersama santan. Saya tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
  4. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
  5. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
RESEPI KEK CHOC KUKUS 
Credit : Norashikin Ibrahim



Bahan2 mudah, senang n cepat siap ! Guna biskut chipsmore lebih moist.. sedap, lazat dan murah! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Bahan² nya :

๐Ÿ‘‰1 paket besar biskut chipsmore. 
๐Ÿ‘‰200ml susu dutch lady perisa coklat.
๐Ÿ‘‰Sedikit baking powder
๐Ÿ‘‰Sebiji telur kuning 

Patah² kan biskut campur sekali dengan susu. Blend semua bahan hingga sebati. Masuk dalam acuan then kukus selama 30 minit. 

(Hiasan bergantung pada kreativiti korang)
KRONOLOGI RINGKAS HIDUP RASULULLAH SAW



CARROT AND CHICKEN NUGGET RECIPE
Credit : Kasih Umairah ~MAHN





Sedappp gile.... kalah ayamas..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ buat sendri frozen lagiii ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Bahan2-bahan :

Isi ayam (byk lg sedap)
Carrot (byk pon boleh)
Roti gardiner 4 keping atau lebih
Bawang putih (2 @ 3ulas)
Telur 1 ataw 2 biji (ikut adunan)
Garam (secukup rasa)
Perasa sikit
Lada sulah sikit

Cara- cara :
๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰#blend semua klau xguna blend kering kena tmbh air skit๐Ÿ‘ˆ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿ‘ˆ
๐Ÿ‘‰kukus 20 minit dah masak biar sejuk baru potong2
๐Ÿ‘‰celup dlm telur dan gaul ngn serbuk roti.. 
๐Ÿ‘‰goreng.. untuk frozen boleh goreng separuh msak sejukkan masuk bekas dan simpan tempat beku ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€
#selamatmencuba

Credit : Kasih Umairah