About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday, 12 June 2023

RESEPI KUAH ODEN PADU

 Resepi Kuah Oden PADU kalah family mart 😍😍


BAHAN-BAHAN :

2 paket perencah tomyam adabi.

2 paket perencah sup siam adabi.

1 paket perencah asam pedas adabi.

2 pcs kiub pati ayam.


Air 1.5 liter.

Gula 1 sudu.


CARA-CARANYA:

Masuk semua perencah biar mendididih n blh masuk kan semua bhn2 steamboat. Tadaa...siap! blh ngappp panas2...masam2 manis pedas uilahhh nyaman bukkk😁

Kalau ada sayur blh letak sayur cth sawi cina, cendawan enoki, cendawan tiram n etc..ni xde sayur xsempat beli🤧


Kredit Cik Puan Akma

Sunday, 11 June 2023

DIY CLEANING MIXTURE


 

Sunday, 4 June 2023

SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK

 SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK


Bahan-bahan :

20 batang cili merah

1 genggam cili padi merah + hijau

1/2 biji bawang holland

2 biji bawang merah saiz bola pingpong

4 ulas bawang putih

2 biji tomato kecil

2 genggam kecil ikan bilis

1 sudu kecil udang kering

1/2 inci belacan


1. Gorengkan bahan2 di atas untuk seketika. Goreng asing cili dengan bahan lain.

2. Semua bahan yang sudah siap digoreng, disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.

*Simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*

3. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.

4. Masukkan pula baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.

5. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa. Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.

6. Masak kira2 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.

*Ikut tips penyimpanan empunya resepi untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama, letakkan dalam freezer.

*Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller. Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan di luar peti.

*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya.

Resepi & foto : Afy AL Habibi

Saturday, 3 June 2023

RESEPI PAJERI NENAS PALING SENANG

Hello😁 Kelmarin 1st time saya try masak pajeri nenas. Tidak susah pun. Kalau saya tau, lamaaaaaa sdh saya try buat sendiri sbb mmg pajeri nenas ni favourite saya dari dulu😋 

Dalam gambar ni, minyak belum pecah lagi ok😁

Okay ini resepi pajeri nenas yg senang itu😁 Saya guna resepi Che Nom tapi ada tambahan dan kekurangan sikit😂

BAHAN-BAHAN :

1 biji nenas, saiz kecil (Nenas madu kalau ada sebab manis)

1 bungkus rempah kari pajeri nenas untuk sebiji nenas (Beli di pasar Am Papar). Memang tu rempah kari sudah lengkap ada halba dll.

4 biji bawang merah (ditumbuk)

4 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 sudu besar udang kering (ditumbuk)

1 inci halia ditumbuk 

1 senduk minyak

2 sudu madu (Kalau tiada nda apapa😁)

Air panas untuk bancuh rempah kari 

Gula dan garam secukup rasa

*Resepi asal ada kerisik dan 2 cawan santan pekat tapi kelmarin saya tidak letak pun sbb saya nda suka rasa tu kerisik. Wp tiada kerisik, dan santan, rasa dia sudah cukup sedap. Halia pun saya tiada campur sebab tiada stok di fridge😂 


BAHAN UNTUK REMPAH TUMIS :

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

* 3 biji buah pelaga (Resepi asal tiada tp sy nampak ada resepi lain guna buah pelaga) Next time mau try add in mesti lg sedap tu kan😁)


CARA-CARA:

Kupas kulit nenas dan potong  membulat anggaran tebal 1.5cm setiap hirisan.

Bancuh rempah kari pajeri dengan air panas spy tu rempah pajeri nanti lebih cepat masak (Resepi asal tidak begini tapi saya sdh biasa bancuh dulu serbuk kari sama air panas😁)

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau. 

Masukkan rempah kari pajeri nenas yang telah dibancuh dengan air panas tadi dan masak sehingga pecah minyak.

Masukkan udang kering dan kacau seketika. Masukkan sedikit air jika rempah terlalu kering untuk elakkan dari cepat hangus. (Kalau ada kuali non-stick lagi bagus. Tidak mudah hangus).

Masukkan nenas, masak sehingga nenas lembut. (Resepi asal dia rebus dulu nenas dlm 4-5 minit spy cepat lembut tapi saya malas 2x kerja, lagipun nanti manis nenas tu hilang. Saya guna nenas madu memang tidak masam)

Masukkan madu, garam dan gula secukup rasa.

Masak sehingga kuah menjadi pekat.

*Next time mau try guna gula melaka dan tambah serbuk cili sikit😊

**Kasi lebih2 tu  gula sebab pajeri akan lebih sedap jika manis😁 Selamat mencuba!