About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
I am happy with my life right now. The good outweighs the bad, and I realise how blessed I am❤️ Alhamdulillah��
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday 4 June 2023

SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK

 SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK


Bahan-bahan :

20 batang cili merah

1 genggam cili padi merah + hijau

1/2 biji bawang holland

2 biji bawang merah saiz bola pingpong

4 ulas bawang putih

2 biji tomato kecil

2 genggam kecil ikan bilis

1 sudu kecil udang kering

1/2 inci belacan


1. Gorengkan bahan2 di atas untuk seketika. Goreng asing cili dengan bahan lain.

2. Semua bahan yang sudah siap digoreng, disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.

*Simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*

3. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.

4. Masukkan pula baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.

5. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa. Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.

6. Masak kira2 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.

*Ikut tips penyimpanan empunya resepi untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama, letakkan dalam freezer.

*Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller. Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan di luar peti.

*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya.

Resepi & foto : Afy AL Habibi

0 comments:

Post a Comment