About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, 30 March 2025

CARA REBUS NASI IMPIT

Baru tahu rupanya ada strategy merebus nasi impit 50 minit je guna dapur gas. Cantik je kejadian eh. Takyah pressure cooker. Takyah guna multicooker.


👇👇Step dia macam ni👇👇


1. Panaskan air hingga menggelegak. Air ikut sukatan pack nasi impit. 3 kali ganda paras pack nasi. Lebih pun takpe

2. Dah menggelegak masukkan pack beras selama 10 minit 

3. Matikan api. Periuk bertutup. Biarkan selama 30 minit

4. Last step buka api lagi 5-10 minit. 

Pastu boleh angkat dan sejukkan. Siap😁


Kredit :Eeka Yasin



Sunday, 9 March 2025

KEROPOK PECAH BAWANG

🧅Bahan-bahan : 

~ 500 gr tepung gandum

~ 1 sudu besar marjerin

~ 5 sudu besar minyak masak

~ 1 sachet stok ayam

~ 1 sudu kecil garam

~ 1 sudu kecil lada kisar

~ 1 sudu besar gula pasir

~ 1 biji telur

~ daun saderi dihiris secukupnya

~ 10 biji bawang merah

~ 5 ulas bawang putih

~ 1 sachet santan segera

~ air secukupnya 


🧅Cara membuatnya :

~ Blend bawang merah, bawang putih dan santan kemudian ketepikan.

~ svediakan bekas berasingan, masukkan tepung gandum kemudian masukkan rempah kisar yang telah dikisar tadi.

~ Masukkan marjerin, air, minyak masak, pati ayam, garam, lada sulah, telur dan hirisan saderi.

~ uli hingga sebati dan rempah sebati sehingga doh siap untuk dipotong.

~ Ambil segenggam doh, kemudian potong seperti bawang goreng, buat sehingga habis.

~ Doh sedia untuk digoreng dengan api sederhana.

Semoga berjaya.


Kredit empunya resepi



Wednesday, 5 March 2025

TIPS HILANGKAN KULAT

 Tips Menghilangkan Kulat Pada Kain  


Dalam ujian kali ini, kita menggunakan bantal kerana tidak ada baju yang berkulat. Namun, cara ini tetap selamat digunakan untuk membersihkan kain yang berkulat.  


Bahan yang diperlukan:

- Air panas 2 gayung  

- Garam dapur satu genggam  

- Cuka dapur 2 sudu besar  

- Soda bikarbonat 2 sudu besar  

- Sabun pencuci pinggan secukupnya  


Cara melakukannya:

1. Tuangkan air panas ke dalam baldi, kemudian masukkan semua bahan.  

2. Rendam bantal yang berkulat ke dalam campuran tersebut. Tekan-tekan supaya semua permukaan terendam air.  

3. Biarkan selama 1 jam, kemudian angkat.  

4. Periksa sama ada kulat masih ada. Jika kulat masih kelihatan, taburkan soda bikarbonat dan cuka, kemudian gosok hingga bersih.  


Tips ini juga boleh digunakan untuk pakaian berwarna kerana bahan yang digunakan hanyalah bahan dapur dan bebas daripada peluntur..




Saturday, 1 March 2025

SAMBAL KERING BILIS TEMPE PEDAS

Sambal kering bilis tempe pedas.

Alhamdulillah.


Sambal Tempe Bilis Kering (cara saya..)

Bhn-

3 bungkus tempe..hiris nipis2 dan goreng sampai jadi ranggup.sejukkan

1 genggam ikan bilis di goreng

4 biji bwg besar*

20 biji cili api merah*

5 biji cili besar merah*

gula,garam,kiub ikan bilis

asam keping

minyak secukupnya.

Kisar bhn bertanda*

sediakan kuali,minyak secukupnya

masukkan bhn yg telah di kisar.

tumis..sampai pekat,garing

masukkan kuib ikan bilis,sos tiram,asam keping,gula utk seimbangkan rasa tahap pedasnya.padam kan api.biar betul2 sejuk...masukkan tempe dan bilis.gaul sama rata.siap.


Note-

utk sambal tempe saya tak gunakan cili kering

hanya cili api merah dan cili merah besar.

Kredit : Eniza M.Salim FB Menu@Kampung