About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
I am happy with my life right now. The good outweighs the bad, and I realise how blessed I am❤️ Alhamdulillah��
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Saturday 18 May 2024

GARLIC SND BUTTER FLATBREAD

Bahan-bahan :

350g Tepung

250g Yogurt

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil Garam

1 sudu kecil Gula

2 ulas Bawang Putih

30g Mentega


Persediaan :

Sediakan Doh:

Ayak tepung ke dalam mangkuk dan buat perigi di tengah. Dalam perigi ini, masukkan yogurt, serbuk penaik, gula, dan garam. Campurkan bahan-bahan bersama-sama, masukkan tepung secara beransur-ansur dari sisi sehingga diserap sepenuhnya.


Bentuk Bola:

Uli adunan menjadi doh yang lembut dan bahagikan kepada 8 bebola. Biarkan mereka berehat selama 5 minit.


Bulat doh:

Gulungkan setiap bola ke dalam cakera nipis dan susunkannya, letakkan sehelai kertas pembakar di antara setiap roti rata untuk mengelakkan melekat.


Cara Memasak:

Panaskan kuali di atas api sederhana/tinggi (tahap 7-8 daripada 9). Minyak sedikit dan masak setiap roti rata selama kira-kira satu minit pada setiap sisi.


Bawang putih dan Mentega:

Setelah dikeluarkan, gris dengan mentega dan sapu dengan hirisan ulas bawang putih. Jika anda suka, anda juga boleh memotong bawang putih dan taburkannya ke atas roti rata yang panas dan baru dibuat.


Hidangan:

Hidangkan dan makan serta-merta kerana roti rata bawang putih dan mentega cenderung menjadi lebih keras apabila ia sejuk.




Sunday 17 March 2024

PAD THAI SAUCE


 

BEZA FUNGSI TEPUNG BERAS





 

Monday 4 March 2024

CARA BUAT SOS SHAWARMA


 

Thursday 22 February 2024

CUCUR KEMBUNG LEMAK MANIS

Cucur kembung lemak manis. Resepi yg mudah,cepat dan sedap. Sejuk pun masih lembut.😄 


Bahan-bahan :

1 sudu besar yis

1cwn tepung gandum

2 sudu besar gula

2 sudu besar susu pekat

Secubit garam& air secukup nya. (air biasa jer) 


Cara membuatnya.. 


Campur semua bhn. Masuk kan air sedikit2.adunan mcm cucur biasa tu jer😁x pekat x cair sangat. perap setengah jam ke 1 jam jer. Blh dh goreng.


Kredit : Resepi orang kampung



ACAR MENTAH @ JELATAH

Bahan-bahan :


Nenas 1 biji

Timun 2 (timun jepun kurang berair)

Bawang besar 1 biji

Cili merah 2 biji

Gula pasir 3 sudu makan

Cuka masakan 2@3 tbs @ Sunquick @ limau

Sedikit garam


*Kalau tak nak acar berair, buang biji timun.





Wednesday 21 February 2024

JANTUNG PISANG REBUS SAMBAL BELACAN

Resepi ni arwah mami saya selalu buat dulu..Rinduuu🥹 Al-fatihah untuk arwah mami saya. Moga pahala dari perkongsian resepi ini sentiasa berpanjangan untuk Mami. Aamiin yra.

Bahan-bahan :

1 biji jantung pisang
8 biji cili padi (boleh adjust ikut level pedas kamu ok)
2 biji lada besar
4 biji limau nipis @ 5 biji limau kasturi
1 inci belacan bakar
Bawang merah 1 biji (dihiris)
Gula secukup rasa


Cara-cara :
1. Rebus jantung pisang. Boleh rujuk post saya sblm ni agar pisang rebus tak hitam.
2. Buat sambal belacan - tumbuk cili padi, lada besar hingga lumat. 
3. Masukkan belacan bakar dan tumbuk hingga sekata.
4. Masukkan air limau, hirisan bawang merah dan gula secukup rasa. Gaul sampai rata.
6. Hiris sebiji atau 2 biji kulit limau kasturi nipis2 dan campurkan ke dalam sambal. Kalau guna limau nipis, nda perlu la hiris kulitnya ya😁
7. Pisang rebus tadi belah dua dan hiris nipis2. 
8. Gaul hirisan pisang rebus dengan sambal belacan tadi. Rasa dan adjust sampai ngam dilidah korang. 

Dah siap!😊 From Sabah with love❤️

2 hari lalu saya ada buat tapi lupa ambil gambar. Next time I upload gambar okay. Selamat mencuba!😊


Tuesday 20 February 2024

CARA REBUS JANTUNG PISANG

Cara-cara merebus jantung pisang untuk hasil yg cantik:

1. Didihkan air

2. Masukkan jantung pisang

3. Tabur garam

4. Tutup periuk

5. Rebus selama 5 @ 10 minit

6. Toskan


Ilmu arwah mak saya, semoga pahalanya sampai kpd arwah mak...Aamiin🤲🤲🤲


Selamat mencuba.


Credit : Razilah Said




Friday 16 February 2024

SUP SAYUR PEDAS TERJUN🤭

Recipe by yours truly, Misslulusukapink😊😉

Tadi tiber kepingin mau makan sup sayur macam orang Korea yang ada rasa pedas dan masam🤭 So I cari-cari bahan di dapur, ini saja yg ada. Let's go! 😁


Bahan-bahan :

2 tbs Thai Chili Paste

1 tbs Bon Chili Sprinkle

6 ketul tauhu ikan 

1 inci halia dihiris atau titik

2 batang serai dititik

1 ulas bwg merah dihiris

3 ulas bwg putih dihiris

1 biji tomato potong suka hati😁

1 biji air limau nipis

2 helai daun kobis panjang dihiris serong

3 batang daung bawang (leeks) dihiris serong

2 cawan air

Sedikit minyak

Garam/ aji secukup rasa


Cara- cara :

1. Tumis bawang hingga kekuningan

2. Masukkan air, Thai Chili Paste, tauhu manis, halia, serai dan tunggu hingga mendidih.

3. Masukkan sayur, chili sprinkle, air limau, perisa dan tutup api selepas 1 minit. Dah siap!

Next time mau letak soft tofu@egg tofu 😁















Thursday 15 February 2024

BUTTER PRAWNS EGG FLOSS

Butter prawns egg floss lama tak makan 👏🏻 makan gitu saja tak ada selera makan nasi. ☺️ jemput makan.. eh.. jemput tengok 📸


Nak resipi ke? Lama tak share resipi rasa bersalah pula 🤣


Bahan-bahan untuk telur bersarang:


2 ulas bawang putih

2 tangkai cili padi

sedikit garam

1/2 sudu kecil chicken stock

1 tsp gula

5 biji egg yolks 

1 tangkai daun kari

1 cawan minyak

3 tbsp butter


Bahan-bahan untuk udang goreng:

6 ekor udang besar

3 tbsp tepung custard 

Salt

1 cawan minyak masak


Untuk udang goreng:

Gaul udang dengan tepung custard and garam.

Goreng udang until crispy dengan api yang kuat dalam beberapa minit sahaja, then angkat dan toskan minyak dalam penapis.


Untuk egg floss:


Kacau telur kuning 5 biji. 

Masukkan minyak and butter then buka api perlahan. Panaskan dan kacau until butter cair.

Tuang egg yolks dari jarak tinggi daripada kuali sambil kacau gorengan telur guna whisk, Tuang telur sikit2. 


Kuatkan api. Goreng and kacau until buih-buih keluar.

Masukkan bawang putih cincang, cili padi, daun kari, sedikit gula dan garam secukup rasa and chicken powder. 

Sambung goreng until masak, keluar buih and naik bau, then tutup api tuang dalam penapis yang ada udang goreng tadi. Tapis minyak then biar sekejap bagi kering.

Credit : Naz Lifestyle