About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
I am happy with my life right now. The good outweighs the bad, and I realise how blessed I am❤️ Alhamdulillah��
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday 14 July 2019

RESEPI AYAM GORENG ALA KFC
Credit : Salina Ismail - MAHN



Resepi ayam goreng
*******************
Potong ayam kpd beberapa bahagian,bersih dan toskan.Bancuh tepung ayam bestari pastikan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair gaul ayam dgn bancuhan tpg dan perap selama 1jam.Selepas 1 jam sebelum ayam digoreng salut ayam tadi dengan tepung bestari yang kering  dan goreng ayam dgn minyak yg dipanaskan.saya goreng dalam periuk dgn minyak yang banyak.goreng hingga ayam masak.siap.

Resepi coleslaw
***************
1/2 biji kobis dipotong dadu
1/3 batang lobak merah potong dadu kecil
1/8 bawang holland potong dadu kecil
4-5 sudu besar mayonis
1 sudu gula
5 sudu besar susu full cream
3 sudu besar buttermilk.jika tiada boleh guna yogurt plain
1 sudu kecil cuka
Garam secukup rasa.

-potong dadu kobis dan lobak merah ketepikan
-dalam bekas lain masukkan bawang,mayonis,gula,susu,yogurt,cuka dan garam..kacau sebati.
-satukan kobis,lobak merah,dan bahan2 lain gaul hingga sebati simpan dalam peti sejuk.

Resepi kentang putar
***************
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
2-3 sudu besar butter
Secukup rasa lada hitam dan lada sulah.
-rebus kentang hingga lembut
-bila dah lembut lenyek kentang ketika panas2 hingga betul2 halus
-masukkan butter gaul sebati
-masukkan lada hitam dan lada sulah.
Masukkan susu gaul sebati.siap.

Resepi sos (gravy)
*****************
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih(dadu)
4 sudu besar butter 
2 sudu besar tepung gandum@jagung
2 kiub ayam
Sedikit lada hitam
Sedikit kicap manis utk warna yg sedikit gelap
2 1/2 cawan air.
-cairkan butter dalan kuali,tumis bawang biar bertukar perang
-masukkan tepung gandum kacau hingga perang
-masuk air sikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati dan tutup api.
-masuk dalam blender dan blend sehingga halus.
-masak semula dengan api sederhana,masukkan kiub ayam,lada hitam,lada sulah,kicap manis kacau hingga sebati, jika terlalu pekat boleh tambah lagi air.tutup api.

Selamat mencuba ya. 

0 comments:

Post a Comment