About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, 16 November 2025

BATIK

BATIK is dyeing technique using wax resist. The term is also used to describe patterned textiles created with that technique. Batik is made by drawing or stamping wax on a cloth to prevent colour absorption during the dyeing process. This creates a patterned negative when the wax is removed from the dyed cloth. 

Artisans may create intricate coloured patterns with multiple cycles of wax application and dyeing. Patterns and motifs vary widely even within countries. 

In Southeast Asia, Batik is a UNESCO Intangible Cultural Heritage and an important part of Indonesian and Malaysian culture. 

Batik-like resist dyeing is an ancient art form. It existed in Egypt in the 4th century BC, where it was used to wrap mummies; linen was soaked in wax, and scratched using a stylus. It continued to be used to the medieval Byzantine era, although surviving pieces are rare. In Asia, the technique is attested in India, the Tang dynasty in China, and the Nara Period in Japan. In Africa it was practiced by the Yoruba people of Nigeria, as well as by the Soninke and Wolof of Senegal.

CDT : ASEAN CULTURE & HISTORY










Tuesday, 21 October 2025

MANGO THAI TAPIOCA PEARL

Fuhhhh nikmat wey makan ni time cuaca panas. 

Memang lega tekak. Sejukkk nikmattt πŸ˜‹πŸ˜‹

Nah resepi boleh buat sendiri.

.

1250ml susu 

Gula

Mangga

30g serbuk agar-agar

Thai tapioca pearl. Halal.

Susu cair

.

Kredit : Mia Zulaikha






Friday, 17 October 2025

KHASIAT LEMON

Satu paket utk satu cawan.. kemudian frozenkan.

Lemon satu hirisan, bunga cengkih 3 kuntum & halia sehiris.. kita lebih suka halia merah sbb baunya lebih kuat.

Kalau nak minum tambah madu 1 sudu & air panas.

Terima kasih sis Joan Keisha semalam share tips nih. Idea yang bagus, kalau tidak kadang lemon kita selalu lembik.

Sumber : Shuhairi Shuhaini

Sunday, 12 October 2025

JENIS-JENIS MINYAK MASAK

Dulu selalu beli minyak botol… Pastu ada orang cakap, kenapa nak membazir sedangkan boleh je beli minyak paket sebab murah... Sama je minyak cuma packaging je lain…

Rupanya perbezaan dia pada nombor kod dalam bulatan tu… Kalau minyak botol pun ada kod yang berbeza…


Kod dia dan penerangan seperti di bawah πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

🍊 CP6 - Minyak lebih sihat, ada kandungan vitamin E, Tocotrienols, kurang berbuih dna makanan lagi sedap… Sesuai untuk salad dressing dan makanan suhu rendah…


🍊 CP7 - Kandungan asid lemak lebih tinggi, minyak cepat berbuih dan makanan cepat serap minyak… Sesuai digunakan untuk memasak dan mengoreng…


🍊 CP8 - Minyak cepat berbuih dan jadi hitam... Tidak boleh digunakan berulang kali…


🍊 CP10 - Minyak paket gred rendah senang berkeladak…

Kiranya ada perbezaan begitu lah… Minyak paket murah sebab ada subsidi…


Semuanya atas kita macam mana cara penggunaan…

πŸŒ€ Jangan guna minyak berulang kali…

πŸŒ€ Jangan guna minyak sama bila minyak bertukar warna…

πŸŒ€ Jangan guna minyak apabila asap banyak dihasilkan ketika dipanaskan…

πŸŒ€ Buang minyak apabila menjadi likat…

πŸŒ€ Kalau goreng haiwan berdarah, jangan diulang pengunaan minyak yang sama cukup hanya sekali sahaja… Sebab darah tersebut akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemak minyak tu… Bahaya pada tubuh badan…


Minyak masak terpakai jangan dibuang, kumpul banyak-banyak sebab boleh dijual balik… Minyak masak recycle digunakan untuk buat biodiesel… So tak lah rasa membazir walaupun hanya sekali guna je… Peace ✌🏻

FB : Ann Kijon

Sunday, 5 October 2025

PBD : Panduan Merekod Perkembangan Murid Dalam Kelas

PBD: PANDUAN MEREKOD PERKEMBANGAN MURID DI DALAM KELAS

Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk merekod perkembangan pembelajaran murid sebagai rujukan rakan guru. Rekod ini penting ketika guru membuat penetapan TP kemahiran (bahasa) dan keseluruhan selain evidens buku latihan dan ujian/kuiz yang dilaksanakan kerana pentaksiran tidak berlaku melalui kaedah tulisan semata-mata. 

Dengan adanya catatan perkembangan pembelajaran murid, guru-guru lebih mudah menjelaskan tahap kemajuan murid kepada ibu bapa dan tindakan yang boleh diambil bagi membantu murid terbabit.


A. CARA MUDAH DAN PANTAS

1.  SENARAI SEMAK RINGKAS ✅

 • Tandakan ✅ (kuasai) / ❎ belum kuasai).

 • Cepat dan sesuai apabila murid ramai.


2.  KOD WARNA

 • Hijau = Konsisten & Menjadi Contoh

 • Kuning = Boleh Buat & Kukuh

 • Merah = Tahu & Faham

   Sekali pandang nampak pola kelas.


3.  KOD BINTANG

 • ⭐️ = belum menguasai

 • ⭐️⭐️= dalam proses menguasai

 • ⭐️⭐️⭐️= telah menguasai

 • ⭐️⭐️⭐️⭐️= bantu kawan


4.  STICKY NOTE (Cara saya dulu)

 • Catat nama ringkas murid & pemerhatian 

   simpan dalam buku rekod atau fail khas/           murid.

 • Bukti mudah untuk semakan PBD.


5.  RAKAMAN SUARA /VIDEO RINGKAS

 • Sesuai untuk mengajar kemahiran bacaan, 

    hafazan, lisan.

 • Bukti autentik tanpa menulis panjang.


6.  CATATAN PADA BUKU NOTA MINI GURU

 • Catat perkembangan setiap murid, lihat  

    perubahan dan kemampuan murid 

    berdasarkan SP (catatan anekdot : Ali 

    mampu kira tambah dua digit)


7.  APLIKASI DIGITAL PERCUMA

 • Google Form, Padlet, ClassDojo.

 • Rekod tersimpan automatik.


8.  EXIT TICKET

 • Murid jawab 1 soalan ringkas sebelum tamat  PdP.

 • Guru kumpul untuk dijadikan data tahap  murid.


B.  RUBRIK (Lebih Sistematik)

 • Definisi: Deskripsi tahap penguasaan bagi 

    sesuatu SK (TP1–TP6).

 • Kelebihan: Spesifik, konsisten, mudah 

   jelaskan pada ibu bapa/pentadbir

 • Contoh BM (Menulis Karangan):

 • TP1: Menyalin perkataan asas.

 • TP2: Menulis ayat mudah dengan 

    bantuan.

 • TP3: Menulis 3–4 ayat lengkap.

 • TP4: Menulis perenggan ringkas.

 • TP5: Menulis karangan ringkas dengan 

    isi tersusun.

 • TP6: Menulis karangan matang dengan 

    hujah bernas.

*Apabila murid hasilkan tugasan, guru tanda pada rubrik - sudah menjadi rekod perkembangan.


C. CARA LAIN (Fleksibel & Kreatif)


1. CHECK IN/ CHECK OUT MURID                               

      •    Murid pilih warna / kad ikut kefahaman  sebelum  dan selepas PdP.          

       •   Guru ambil gambar → bukti progres.


2. BUKU REFLEKSI MURID                                       

        •   Murid tulis “Hari ini saya faham …” / “Saya masih keliru tentang …”.                

 Guru semak dan boleh padankan dengan TP


3. PORTFOLIO MURID (Digital /Fizikal)                                         

       •  Simpan hasil kerja terbaik murid.           

       •   Label TP pada setiap hasil.


4. PENILAIAN RAKAN SEBAYA

 • Murid nilai hasil kerja rakan ikut kriteria    

    mudah.                                                         

 • Guru sahkan dan catat 


5. GAMIFIKASI/LENCANA DIGITAL.                         

      •    Murid dapat “badge” atau bintang ikut    

            penguasaan.                                                     

      •    Rekod perkembangan boleh dijejak dari 

            jumlah lencana.


- Guru bebas mencatat di mana-mana sahaja, tidak ada ketetapan. Yang penting cikgu dapat menunjukkan catatan atau rekod perkembangan kemajuan murid yang dibuat apabila diminta.


*Semoga bermanfaat*

FB : Sisc Azura

PENAWAR KERACUNAN MAKANAN

Sardin penyelamat pantas tatkala keracunan makanan.

Saya telah pelajari ilmu ini sejak awal perkahwinan lagi, ketika itu, terbaca di salah satu laman perkongsian bagaimana sardin boleh dijadikan penawar sekiranya keracunan.

Ada satu ketika, semasa perjalanan pulang ke Kelantan bersama isteri, disebabkan gabungan makan atau gerai yang disinggah itu kurang bersih.

Saya diserang keracunan makanan, ketika itu badan terasa tidak sedap seperti keracunan (saya pernah juga keracunan sebelum itu).

Setibanya di bandar Raub, saya terus mencari kedai 7-Eleven berdekatan. Masuk ke dalam kedai tersebut, dan cari sardin dalam tin.

Kemudian masuk semula ke dalam kereta, dan buka tin sardin dan jamah terus seketul ikan sardin itu mentah-mentah.

YA memang tidaklah sedap pun bila makan terus begitu.

Namun demi penawar pantas, saya kunyah dan telan terus.

Kemudian saya tunggu beberapa minit, terasa satu badan seakan kena elektrik (tak tahu macam mana nak terangkan).

Akhirnya selepas lebih kurang 5-10 minit, badan saya kembali cergas seperti asal.

Penawar sardin itu memang berkesan.

Saya telah cuba beberapa kali untuk kes keracunan, setakat ni alhamdulillah menjadi penawar segera.

Andai anda dalam keadaan keracunan dan jauh daripada hospital atau klinik, bolehlah jadikan sardin mentah ini sebagai penawar pantas.

Bagus dijadikan bekalan untuk yang sering pergi berkhemah sebagai penawar, bukan sekadar makanan semata-mata. 

Sumber : Hadihaizil Din

Nota sardin : sardin yang digunakan adalah jenis sardin, bukan mackerel ya.




THE BEST SUNSCREEN

 



Wednesday, 10 September 2025

GLOBAL SUMUD FLOTILLA


 Free PalestineπŸ’š



ROTI PURI



Roti puri homemade, gebu & kembung cantik 😍

Bahan simple je – tepung, garam, minyak & air suam.

Step mudah, sekali buat confirm nak ulang banyak kali 🫢


πŸ“Œ Resepi Roti Puri cara Kak Sara

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar minyak masak / marjerin

½ sudu kecil garam

½ cawan air suam (anggaran, masukkan sedikit-sedikit)

Minyak untuk menggoreng


πŸ“Œ Cara-cara (Step by Step)

1. Masukkan tepung + garam + minyak ke dalam mangkuk.

2. Gaul rata, masukkan air suam sedikit-sedikit, uli sampai doh lembut.

3. Tutup doh, rehatkan 15 minit.

4. Bahagikan doh kecil-kecil, canai nipis bulat.

5. Panaskan minyak banyak, goreng doh hingga kembung & kekuningan.

6. Angkat & toskan. Siap!


Kredit : FB Sara Iskandar


Tuesday, 9 September 2025

COLOUR COMBINATIONS










 

Sunday, 7 September 2025

Let's goooo

Vacation energy hits differentπŸ˜‚

 


 

SAVAGE

Recently, a friend told me that she deleted the phone numbers of people who often post sarcastic or unpleasant statuses on WhatsApp. I usually just mute people’s statuses. She’s definitely on another level. Gurlll you've no mercy. SavageπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

#mentalhealthmatters #positivevibesonly






Saturday, 6 September 2025

TEKNIK URUTAN LYMPHATIC WAJAH



Manfaat dan Teknik Urutan Limfatik Wajah untuk Kecantikan dan Kesihatan Kulit


Urutan limfatik wajah merupakan salah satu teknik rawatan semula jadi yang semakin mendapat perhatian dalam dunia kecantikan dan kesihatan kulit. Ia bukan sahaja memberikan kesan estetika yang ketara, malah menyumbang kepada keseimbangan sistem limfa yang memainkan peranan penting dalam menyingkirkan toksin daripada tubuh.


Apa Itu Sistem Limfa dan Kenapa Penting untuk Wajah?


Sistem limfa ialah rangkaian saluran dan nodus yang berfungsi membawa cecair limfa, yang mengandungi sisa metabolik, toksin, dan sel-sel mati. Apabila aliran limfa terganggu, terutamanya di bahagian muka, ia boleh menyebabkan pengumpulan cecair (fluid retention) yang membawa kepada bengkak bawah mata, kulit kusam, serta timbulnya jerawat atau keradangan ringan.


Dengan teknik urutan yang betul, sistem limfa dapat dirangsang untuk mengalir lebih lancar, seterusnya membantu detoksifikasi semula jadi pada permukaan kulit wajah.


Kelebihan Urutan Limfatik Wajah


1. Mengurangkan bengkak bawah mata dan wajah (puffiness) Pengumpulan cecair limfa di bawah mata dan sekitar pipi boleh menyebabkan wajah kelihatan sembap atau tidak sekata. Urutan membantu melancarkan aliran cecair ini ke saluran limfa untuk disingkirkan.


2. Meningkatkan peredaran darah Urutan lembut pada kulit wajah merangsang peredaran darah kapilari, membawa lebih banyak oksigen dan nutrien ke sel-sel kulit.


3. Membantu pengeluaran kolagen semula jadi Rangsangan fizikal melalui urutan boleh mengaktifkan fibroblast dalam lapisan dermis, yang bertanggungjawab menghasilkan kolagen dan elastin — dua komponen utama dalam mengekalkan keanjalan kulit.


4. Mencerahkan kulit dan mengurangkan jerawat Kulit yang bebas toksin lebih mudah menyerap produk penjagaan dan menunjukkan hasil yang lebih baik. Ia juga membantu mengurangkan keradangan yang sering dikaitkan dengan jerawat ringan.


5. Menegangkan dan melicinkan tekstur kulit Dengan pengaliran limfa yang lancar, kontur wajah akan kelihatan lebih sekata, terutamanya di bahagian dagu dan rahang yang sering mengalami kendur akibat penahanan air.


Teknik Urutan Limfatik Wajah yang Betul


Urutan limfatik wajah harus dilakukan secara lembut kerana saluran limfa terletak sangat hampir dengan permukaan kulit. Tekanan yang terlalu kuat boleh memberi kesan sebaliknya. Berikut ialah garis panduan umum:


Mulakan dengan wajah yang bersih dan sapukan sedikit minyak wajah atau gel pelembap untuk mengurangkan geseran.


Gunakan hujung jari atau alat seperti guasha untuk membuat gerakan perlahan dan berterusan.


Urutan harus menghala ke arah keluar wajah (ke telinga dan bawah ke arah tulang selangka), kerana itu ialah laluan saliran limfa semula jadi.


Bahagian utama yang perlu diberi perhatian: bawah mata, sisi hidung, pipi, dagu, rahang, dan leher.


Masa terbaik ialah selepas mandi pagi dan sebelum tidur malam.


Tempoh dan Kekerapan Urutan


Urutan boleh dilakukan selama 5 hingga 15 minit setiap sesi. Untuk kesan yang optimum, amalan secara konsisten setiap hari adalah sangat digalakkan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit seperti sembap, kulit kusam, atau eyebag.


Penutup


Urutan limfatik wajah adalah salah satu cara rawatan kendiri yang berkesan, selamat dan semula jadi. Ia bukan sahaja memperbaiki penampilan fizikal, malah menyokong kesihatan kulit dari dalam. Dengan teknik yang betul dan konsistensi, hasil yang diperoleh akan sangat ketara dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Ia juga merupakan pelengkap sempurna kepada rutin penjagaan kulit harian yang sihat.

Cdt : FB Mohd Nizam

Monday, 1 September 2025

BE KIND TO YOUR HEART AND MIND


Terlalu banyak mengeluh, merungut sememangnya adalah energi buruk yang boleh menyebarkan aura negatif. Dengan mendengar saja orang yang mendengar boleh mendapat sakit kepala. Jangan sia-siakan energi. Be kind to your heart and mind πŸ«€πŸ§ 

SMALL JOYS


 

RASA SYUKUR


 

Sunday, 24 August 2025

BIBIMBAP

Cara buat BIBIMBAP ala Korea✨️


➡️Bahan:

1 porsi nasi

3 butir telur

1 buah timun jepang, buang biji lalu potong panjang

2 buah wortel, potong panjang

50 gram taoge

2 ikat bayam, siangi

4 sdt minyak wijen

1 sdm margarin

Garam secukupnya

100 gram daging (sapi atau ayam)

1,5 sdm saus tiram

1 sdm minyak wijen

1 sdm kecap

1/2 sdt merica

Minyak untuk menumis


➡️Bahan saus:


1 sdm gochujang (saus sambal korea,pilih merek halal)

1 sdt minyak wijen

1 sdt gula palem

1 sdt cuka

1 sdm air matang


✅️Cara memasak:


➡️Goreng telur menjadi mata sapi. Sisihkan.

Remas-remas timun jepang dengan garam hingga layu. Sisihkan.

➡️Tumis cepat wortel, tauge, dan bayam lalu campur dengan minyak wijen dan garam.

➡️Untuk tumisan daging; panaskan minyak, masukkan daging, dan tumis hingga matang.

➡️Campur semua bahan saus hingga rata.

Siapkan mangkuk saji. Masukkan nasi, susun sayuran, dan tumisan daging melingkar, taruh telur mata sapi di tengah. Beri saus sesuai selera dan aduk sebelum disantap.

Cdt : Mama Arfi (Indonesian)

SHAWL TUTORIAL

 



CAT DINDING CANTIK

 









Monday, 21 July 2025

Baja Kompos Organik

Proses langkah demi langkah untuk mengkompos sisa organik dari dapur menjadi tanah yang kaya nutrien untuk berkebun:


Langkah 1: Kumpul dan asingkan sisa makanan dan bahan tumbuhan seperti sayur-sayuran, daun-daun dan buahan tidak berasid, yang berfungsi sebagai asas kepada kompos. 


Langkah 2: Tambahkan air ke dalam campuran, bagi membantu proses pereputan bahan organik. Sebaiknya Air Campuran EM Effective Microorganism. 


Langkah 3: Timbunan kompos selepas beberapa hari dibolak balikan,  bagi mempercepatkan pereputan. Sehingga berwarna kehitaman dan suhu tanah yang stabil (tidak panas). 


Langkah 4: Hasil akhir: kompos yang subur dan kaya nutrien telah digunakan untuk menyuburkan tanaman secara organik


Jom manfaatkan pengkomposan dalam amalan berkebun secara lestari.


#KebunOrganik #KebunTanpaRacun #KebunMuniAbi

FB : Syafiq Wazan



Friday, 11 July 2025

ACAR KULIT LIMAU KASTURI




 

Thursday, 10 July 2025

CARA PASANG VINYL UNTUK NEWBIE🀭

 Hampa.. Seperti yg kami janjikan kemarin..


tips kalau hampa nak pasang vinyl floor corak tulang ikan.


Alasan-


Susunan cara 1 tu rapat ke dinding..

Mmg akan menjimatkan penggunaan vinyl.

Mudah tuk hampa nk potong vinyl tu tadi sb potongan menegak ja.

Kurang wastage nanti.

Jimat vinyl, jimat la duit hampa.


Susunan cara 2 tu pun boleh..tapi akan guna byak vinyl nanti.. Sb pa? Sb tepi dinding nanti hampa kena  potong senget.. Byak wastage vinyl akan terjadi..so bazir ja.. Kalau expert yg buat, depa boleh potong bagi sama..

Kalu nubis cam kita ni haa, tangan pun terketaq2 nak potong, jgn harap nak sama dan ngam tuk sambungan vinyl..


Hampa paham dak? Kak hampa nak buat video pun malu🀭

Kalau xfaham, hampa tnya la na..


Sekian sedikit perkongsian dari kak yg x seberapa ni.


Kalau ada otai2 yg expert, sila betulkan kalau salah. 


Hari ni kak pasang lantai guna gam tarik bulan(dunlop, ca blue) sb ni pasang kat bahagian depan umah.. Tahan ayaq. Customer xmau corak tulang ikan.. Kalau dak kak belanja hampa video tadiπŸ˜‰✌️


Sini kak sertakan video cara nak sapu gam ni.. Smbil2 kak hampa ngah pening gam ni.. Sampai ke bulan dah ni ha.


Enjoy na.. Maaf kalau ada silap dan salah.


Semoga bermanfaat untuk semua


Kredit : Encik Bard