About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday, 28 May 2024

AIB

Pegang kuat² ini sahabat. Apabila diperdengarkan tentang aib orang kepada kta, beredarlah, jauhilah πŸ₯²

Kerana kita semua tidak bebas dari dosa. Hanya kerana Allah menutupi dosa kita bukan bererti kita boleh mengaibkan dosa orang lain

FB : AzZahra Asmara

MINI NAN CHEESE

Bahan A:


11 gr/1 peket yis

2 sdm gula

1 sdm susu pekat

3/4 cawan air suam


Bahan B:


2 cawan tepung gandum, hakak guna cap sauh

2 sudu besar marjerin

secubit garam

cheese, boleh guna mozzarella atau cheddar


1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk, biarkan selama 10 minit.

2. Gaul marjerin, garam dan tepung gandum.

Masukkan campuran yis, uli selama lebih kurang 15 minit sehingga adunan tak melekat di tangan.

3. Rehatkan doh selama 45 min.

Tumbuk doh untuk buang angin.

Bahagikan doh lepada 6 bahagian dan bentukkan bulat.

4. Gelek dengan roller dan letak cheese. Bulatkan dan gelek semula.

Rehatkan doh sekejap.

5. Masak diatas kuali non-stick, tak payah sapu minyak. Masak dengan api yang terkecil sekali, tutup kuali.

Masak sehingga kedua belah permukaan roti nampak keperangan.

6. Setelah masak boleh sapu sedikit marjerin di bahagian atas untuk efek kilat.


Hidangkan dengan kuah karis, sambal sardin pun ok

Credit to owner




KUR BALOK KELAPA

2 kuning telur 

50 gram tepung jagung

35 gram gula pasir

500ml susu 

Caranya :

1. Pecahkan telur, masukkan gula, tepung dan susu. Aduk rata.

2. Masak hingga kental dan tdk mudah menetes.

3. Tuangkan ke dlm loyang atau bekas sesuai

4. Simpan dalam fridge dan bekukan, 

5. Potong dan salut dgn kelapa kering.

Credit : Radiga Fam's





CHICKEN WINGS ALA 4 FINGERS

Bahan-bahan :

Sekilo kepak ayam (potong 2)

Perap ayam dgn 

-garam

-blackpaper

-sos tiram

-mix herb(klu xde pun xpe)

Mix  sikit bagi rata


Cara-caranya :

Celup ayam dalam tepung jagung

Tips dia make sure tepung jagung full coating kat ayam tuh. Jgn nmpk basah.

Dalam masa yg sama standby panaskan minyak.

Goreng ayam dgn cara double fried.

Goreng ayam dlm 4minit. (half cooked) 

Angkat dan toskan.

Bersihkan minyak panas td dr seradak or tepung2 balance tuh.

Bagi minyak panas balik pastu goreng balik ayam yang half cooked td.

Api jgn terlalu besar dan jgn terlalu kecik.

Make sure minyak betul2 panas.

Goreng sampai ayam garing.

Angkat dan tos.


Cara buat sos :

Bawang putih cincang halus mcm cincang pmpn yg ursha laki kita 😜

Tumis dgn butter.

Klu pkai unsalted butter bole buh garam sikit masak tumis tuh.

Tumis bwg putih dgn butter, 2 sudu sos tiram, 3sudu brown sugar (xde brown sugar pakai laa purple sugar pun bole klu ada)

Masukkan madu 3 sudu 

Masukkan chilies flakes (pasaraya byk jual nak buat sendiri pun bole)

Gaul bagi sebati, matikan api.

Mix ayam tadi dgn sauce.

Siap 😊


Nak sdap tabur parmesan chilies flakes n parleys. 


#cara buat chilies flake, sangan cili kering smpi bole dipth2kan. Pastu tumbuk. Klu malas blend kering. Klu malas beli je laa 🀣🀣


Kredit : Aznida Aziz


Wednesday, 22 May 2024

AISKRIM KACANG MERAH

Bahan - Bahan :


Kacang merah (lebih krg 300grm )

1.5 liter air masak 

1cawan gula 

1/2 cawan susu pekat 

1 satu kotak santan (kecil)

1 tin susu cair 

3 sudu tepung pulut

3 sudu tepung jagung

Sedikit sirap 

Sedikit garam


1.Rendam kacang semalaman ...pstu rebus sampai empuk .. pstu lenyek ..(Lagi lama rendam kacang lagi bagus senang empuk)*kcang merah sy suka letak byk ..lagi sedap ..resipi diatas anggaran shja .

2 .l.5 liter air + 1 cwan gula masak atas dpur smpi gula hancur 

3. 3 sudu tepung pulut + 3 sudu tepung jagung bancuh dan tuang dlm air gula tu ..kcau smpi tpung larut ..nk snang guna mixed 

4 . masuk 1/2 susu pekat ..1 kotak santan yg kecik ..1 tin susu cair ..gram ckt ..sirap sikit utk bg color cntik ..buka api kecik kacau smpi mendidih ..last skli msuk kacang yg ditumbuk tu ..kacau smpi kcang sebati ttup api

Sumber : Siti Norazliana




Saturday, 18 May 2024

GARLIC SND BUTTER FLATBREAD

Bahan-bahan :

350g Tepung

250g Yogurt

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil Garam

1 sudu kecil Gula

2 ulas Bawang Putih

30g Mentega


Persediaan :

Sediakan Doh:

Ayak tepung ke dalam mangkuk dan buat perigi di tengah. Dalam perigi ini, masukkan yogurt, serbuk penaik, gula, dan garam. Campurkan bahan-bahan bersama-sama, masukkan tepung secara beransur-ansur dari sisi sehingga diserap sepenuhnya.


Bentuk Bola:

Uli adunan menjadi doh yang lembut dan bahagikan kepada 8 bebola. Biarkan mereka berehat selama 5 minit.


Bulat doh:

Gulungkan setiap bola ke dalam cakera nipis dan susunkannya, letakkan sehelai kertas pembakar di antara setiap roti rata untuk mengelakkan melekat.


Cara Memasak:

Panaskan kuali di atas api sederhana/tinggi (tahap 7-8 daripada 9). Minyak sedikit dan masak setiap roti rata selama kira-kira satu minit pada setiap sisi.


Bawang putih dan Mentega:

Setelah dikeluarkan, gris dengan mentega dan sapu dengan hirisan ulas bawang putih. Jika anda suka, anda juga boleh memotong bawang putih dan taburkannya ke atas roti rata yang panas dan baru dibuat.


Hidangan:

Hidangkan dan makan serta-merta kerana roti rata bawang putih dan mentega cenderung menjadi lebih keras apabila ia sejuk.