About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, 10 September 2023

GARLIC CRISPY CRUNCHY

 GARLIC CRISPY CRUNCHY


Bahan2....


Bawang putih yg dikopek, dibasuh dan di sagat@potong nipis2..

Halia dikopek, dibasuh dan di sagat memanjang(utk dapatkan tekstur serabut2) di perah airnya...


Cara2 goreng..

Panaskan minyak (quantiti minyak harus banyak yea supaya bawang yang kita goreng boleh berenang2 dengan jayanya )

Panaskan minyak td dgn 1 SENDUK MAJERIN(ni la rahsia crunchy tu )

Bila minyak dah betul2 panas.... masukkan bawang putih n goreng seperti biasa dgn api kawalan api yg baik...(jgn terlalu slow or terlalu besar apinye yea...sedang2 je)

Sambil goreng kene kacau2 sekali sekala(utk elak masak xsekata)

Goreng lah ia smpai nmpk kekuningan keemasan seia sekata warnanya...boleh laaa angkat n toskan yea... (jgn smpai bawang tu bertukar colour coklat baru nak angkat...nanti pahit )


Halia pon sama...goreng guna minyak yg sama n step yg sama...


SELAMAT MENCUBA....

kredit : Bycikpooja

#bestmalaysiafoodviral



COLOUR PALETTE








 

PANCAKE ALA MCD

 Resipi Pancake Confirm Jadi Ala MCD


Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sudu baking powder
1 cawan susu segar
3 sudu gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
2 sudu butter

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan pukul sebati. Paling mudah masukkan dalam blender je.
2. Panaskan kuali non-stick dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan tadi ke dalam kuali non-stick dan biar sampai dia berlubang-lubang sepenuhnya dan balikkan. Siap!

Boleh dapat dalam 6-7 keping pancake.

Kredit:Khairul Abdullah, Linda Safar





SIAKAP KENGSOM

 *Siakap Kengsom*


Bahan-bahan

1 ekor siakap (siang dan cuci bersih )
1 biji bawang besar
10 tangkai cili padi (campur merah dan hijau )
1 ketul kunyit hidup (sebesar ibu jari )
1 ikat daun kesum
2 gelas air (untuk kuah )
Sedikit belacan
(Blend semua bahan di atas )

Nenas 1biji (potong ikut suka)
Buah tomato 2biji belah 4
Kangkung potong

Caranya:

Masuk kan semua bahan blend ke dalam kuali,
Masuk kan air dan sedikit asam jawa masak sampai mendidih,kecil kan api masuk kan ikan masak smpai ikan betul2 masak....masuk kan kangkung,buah tomato dan nenas.last skali masuk kan gula dan garam.

Selamat mencuba 🌹



Sunday, 3 September 2023

RESEPI TELUR DADAR CRISPY

Credit : Facebook


BAHAN-BAHANNYA :

2 biji telur

Bawang Holland yang dicincang

Garam secukup rasa

Perasa secukup rasa (tak masuk pun takpe)

1 sudu besar cuka putih

1 susu besar air


CARA-CARANYA:

1. Mula-mula pecahkan dua biji telur

2. Kemudian masukkan bawang holland yang telah dicincang/potong dadu

3. Masukkan garam, perasa secukup rasa

4. Kemudian ini bahan rahsianya iaitu 1 sudu besar cuka putih. Satu sudu je tau

5. Lepas itu masukkan 1 sudu besar air.

6. Kacau telur bersama semua bahan tadi sampai kembang dan berbuih.

7. Masukkan minyak dalam kuali dan biarkan minyak betul-betul panas.

8. Barulah masukkan telur, bila telur bahagian bawah dah cripsy baru balikkan telur.

9. Angkat telur, toskan minyak dan boleh lah dihidang.

Sedia untuk dinikmati. Ranggup di luar dan gebu di bahagian dalamnya.


Ini gambar telur dadar crispy yang saya try sendiri guna ni resepi :-)..memang crispy tapi saya guna bawang merah, bawang putih dan sedikit halia jak.. tiada bawang holland. I don't really like it kalau bikin goreng telur...selera masing2 kan..next time boleh campur lada besar supaya berwarna sikit :-)





TAPAI PULUT

TAPAI PULUT

Credit : Facebook

BAHAN-BAHANNYA :

1kg beras pulut (biasa anggaran -7cwn beras pulut).

Air bersih 7cwn.

1 keping ragi tapai (besar sekeping 20sen).

Daun pisang secukunpnya utk membungkus.


CARA-CARANYA:

Basuh beras pulut hingga bersih seputih- putihnya.

Toskan....

Sukat beras mengikut cawan...jika 7cwn beras maka 7cwn air jgn lebih...*supaya masak cntik...

Masak beras pulut dlm rice cooker ..jgn bukak2 hingga keep warm....

Bila dh keep warm pindahkan beras pulut yg dh masak tu dlm bekas besar utk disejukkn..jgn tutup...biarkan diruang terbuka...tutup ngn tdg saji shj

Pastikan betul2 sejuk...

Apabila sejuk ...blend kering ragi tapai td hingga halus..kemudian gunakan penapis teh utk digoyang2kan atas beras pulut...

Siap bergoyang , ratakan ragi ngn beras pulut serata2nya dgn menggunakan senduk plastik...INGAT jgn guna sesekali kena tgn..pantang dia...sbb tgn kdg2.ade bakteria lain.

Siap gaul rata...sudukan tapai dlm daun pisang yg telah dipotong ikut saiz yg anda nak...bungkus la comei2 ye....selitkan lidi satay.....

Ok siap abes semua...tutup rapat2 bg dia dating ..tdo ...rehat...selama sehari smlm atau lebih..jgn ngendap2 biarkan je...simpan pd suhu biasa dlm almari seeloknya...jgn simpan dlm peti...jgn terkena suhu panas....

Setelah sehari semalam atau lebih boleh jenguk2 utk lihat kemenjadian tapai anda....

Tadaaaaa...bila dh jadi leh simpan dlm peti....

Selamat mencuba!




 

ROTI CANAI HOMEMADE

ROTI CANAI HOMEMADE 

Credit : Facebook

1/2 kg tepung gandum (Cap ros)

1biji telur

2 sudu marjerin

1sudu kecil garam (larutkan dalam air)

1/2 cawan air sejuk peti ais

2 sudu susu pekat *tepung+marjerin+susu jadikan serbuk roti

*Masukan air garam+telur

*Masukan air sikit2 sampai doh tak melekat kat tangan

*Bulat2 kan rendam dgn minyak (2 jam @lebih)

*Canaikan jadi mcm dlm gambar

*Sedia untuk di goreng😉




ROTI CANAI - Credit : Facebook

BAHAN-BAHANNYA

3 cawan tepung gandum

 1 hingga 1 1/2 cawan air

1 sudu besar marjerin

Garam secukup rasa

2 sudu besar susu pekat manis

1 sudu besar minyak masak


Cara membuatnya:

1. Air + garam + susu = di kacau = Bahan A

2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dengan tepung (uli cara manual) tapi campur semua kalau pakai mesin.

3. Campur minyak masak

4. Campur marjerin
.
Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat,

Tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan 30 minit.

Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai)

Dan saluti dengan marjerin untuk mengelakkan ia dari melekat.(maisya salut dengan minyak)

Tinggalkan selama 2 jam.

Siap untuk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing

Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yang kat dalam tu.

.
Di sini PETUA untuk buat roti canai:

1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak

2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis

3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dengan air sejuk/ais