About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, 3 September 2023

ROTI CANAI HOMEMADE

ROTI CANAI HOMEMADE 

Credit : Facebook

1/2 kg tepung gandum (Cap ros)

1biji telur

2 sudu marjerin

1sudu kecil garam (larutkan dalam air)

1/2 cawan air sejuk peti ais

2 sudu susu pekat *tepung+marjerin+susu jadikan serbuk roti

*Masukan air garam+telur

*Masukan air sikit2 sampai doh tak melekat kat tangan

*Bulat2 kan rendam dgn minyak (2 jam @lebih)

*Canaikan jadi mcm dlm gambar

*Sedia untuk di goreng😉




ROTI CANAI - Credit : Facebook

BAHAN-BAHANNYA

3 cawan tepung gandum

 1 hingga 1 1/2 cawan air

1 sudu besar marjerin

Garam secukup rasa

2 sudu besar susu pekat manis

1 sudu besar minyak masak


Cara membuatnya:

1. Air + garam + susu = di kacau = Bahan A

2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dengan tepung (uli cara manual) tapi campur semua kalau pakai mesin.

3. Campur minyak masak

4. Campur marjerin
.
Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat,

Tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan 30 minit.

Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai)

Dan saluti dengan marjerin untuk mengelakkan ia dari melekat.(maisya salut dengan minyak)

Tinggalkan selama 2 jam.

Siap untuk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing

Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yang kat dalam tu.

.
Di sini PETUA untuk buat roti canai:

1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak

2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis

3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dengan air sejuk/ais





0 comments:

Post a Comment