About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
I am happy with my life right now. The good outweighs the bad, and I realise how blessed I am❤️ Alhamdulillah��
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday 3 September 2023

RESEPI TELUR DADAR CRISPY

Credit : Facebook


BAHAN-BAHANNYA :

2 biji telur

Bawang Holland yang dicincang

Garam secukup rasa

Perasa secukup rasa (tak masuk pun takpe)

1 sudu besar cuka putih

1 susu besar air


CARA-CARANYA:

1. Mula-mula pecahkan dua biji telur

2. Kemudian masukkan bawang holland yang telah dicincang/potong dadu

3. Masukkan garam, perasa secukup rasa

4. Kemudian ini bahan rahsianya iaitu 1 sudu besar cuka putih. Satu sudu je tau

5. Lepas itu masukkan 1 sudu besar air.

6. Kacau telur bersama semua bahan tadi sampai kembang dan berbuih.

7. Masukkan minyak dalam kuali dan biarkan minyak betul-betul panas.

8. Barulah masukkan telur, bila telur bahagian bawah dah cripsy baru balikkan telur.

9. Angkat telur, toskan minyak dan boleh lah dihidang.

Sedia untuk dinikmati. Ranggup di luar dan gebu di bahagian dalamnya.


Ini gambar telur dadar crispy yang saya try sendiri guna ni resepi :-)..memang crispy tapi saya guna bawang merah, bawang putih dan sedikit halia jak.. tiada bawang holland. I don't really like it kalau bikin goreng telur...selera masing2 kan..next time boleh campur lada besar supaya berwarna sikit :-)





0 comments:

Post a Comment