About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday, 22 February 2024

CUCUR KEMBUNG LEMAK MANIS

Cucur kembung lemak manis. Resepi yg mudah,cepat dan sedap. Sejuk pun masih lembut.😄 


Bahan-bahan :

1 sudu besar yis

1cwn tepung gandum

2 sudu besar gula

2 sudu besar susu pekat

Secubit garam& air secukup nya. (air biasa jer) 


Cara membuatnya.. 


Campur semua bhn. Masuk kan air sedikit2.adunan mcm cucur biasa tu jer😁x pekat x cair sangat. perap setengah jam ke 1 jam jer. Blh dh goreng.


Kredit : Resepi orang kampung



ACAR MENTAH @ JELATAH

Bahan-bahan :


Nenas 1 biji

Timun 2 (timun jepun kurang berair)

Bawang besar 1 biji

Cili merah 2 biji

Gula pasir 3 sudu makan

Cuka masakan 2@3 tbs @ Sunquick @ limau

Sedikit garam


*Kalau tak nak acar berair, buang biji timun.





Wednesday, 21 February 2024

JANTUNG PISANG REBUS SAMBAL BELACAN

Resepi ni arwah mami saya selalu buat dulu..Rinduuu🥹 Al-fatihah untuk arwah mami saya. Moga pahala dari perkongsian resepi ini sentiasa berpanjangan untuk Mami. Aamiin yra.

Bahan-bahan :

1 biji jantung pisang
8 biji cili padi (boleh adjust ikut level pedas kamu ok)
2 biji lada besar
4 biji limau nipis @ 5 biji limau kasturi
1 inci belacan bakar
Bawang merah 1 biji (dihiris)
Gula secukup rasa


Cara-cara :
1. Rebus jantung pisang. Boleh rujuk post saya sblm ni agar pisang rebus tak hitam.
2. Buat sambal belacan - tumbuk cili padi, lada besar hingga lumat. 
3. Masukkan belacan bakar dan tumbuk hingga sekata.
4. Masukkan air limau, hirisan bawang merah dan gula secukup rasa. Gaul sampai rata.
6. Hiris sebiji atau 2 biji kulit limau kasturi nipis2 dan campurkan ke dalam sambal. Kalau guna limau nipis, nda perlu la hiris kulitnya ya😁
7. Pisang rebus tadi belah dua dan hiris nipis2. 
8. Gaul hirisan pisang rebus dengan sambal belacan tadi. Rasa dan adjust sampai ngam dilidah korang. 

Dah siap!😊 From Sabah with love❤️

2 hari lalu saya ada buat tapi lupa ambil gambar. Next time I upload gambar okay. Selamat mencuba!😊


Tuesday, 20 February 2024

CARA REBUS JANTUNG PISANG

Cara-cara merebus jantung pisang untuk hasil yg cantik:

1. Didihkan air

2. Masukkan jantung pisang

3. Tabur garam

4. Tutup periuk

5. Rebus selama 5 @ 10 minit

6. Toskan


Ilmu arwah mak saya, semoga pahalanya sampai kpd arwah mak...Aamiin🤲🤲🤲


Selamat mencuba.


Credit : Razilah Said




Friday, 16 February 2024

SUP SAYUR PEDAS TERJUN🤭

Recipe by yours truly, Misslulusukapink😊😉

Tadi tiber kepingin mau makan sup sayur macam orang Korea yang ada rasa pedas dan masam🤭 So I cari-cari bahan di dapur, ini saja yg ada. Let's go! 😁


Bahan-bahan :

2 tbs Thai Chili Paste

1 tbs Bon Chili Sprinkle

6 ketul tauhu ikan 

1 inci halia dihiris atau titik

2 batang serai dititik

1 ulas bwg merah dihiris

3 ulas bwg putih dihiris

1 biji tomato potong suka hati😁

1 biji air limau nipis

2 helai daun kobis panjang dihiris serong

3 batang daung bawang (leeks) dihiris serong

2 cawan air

Sedikit minyak

Garam/ aji secukup rasa


Cara- cara :

1. Tumis bawang hingga kekuningan

2. Masukkan air, Thai Chili Paste, tauhu manis, halia, serai dan tunggu hingga mendidih.

3. Masukkan sayur, chili sprinkle, air limau, perisa dan tutup api selepas 1 minit. Dah siap!

Next time mau letak soft tofu@egg tofu 😁















Thursday, 15 February 2024

BUTTER PRAWNS EGG FLOSS

Butter prawns egg floss lama tak makan 👏🏻 makan gitu saja tak ada selera makan nasi. ☺️ jemput makan.. eh.. jemput tengok 📸


Nak resipi ke? Lama tak share resipi rasa bersalah pula 🤣


Bahan-bahan untuk telur bersarang:


2 ulas bawang putih

2 tangkai cili padi

sedikit garam

1/2 sudu kecil chicken stock

1 tsp gula

5 biji egg yolks 

1 tangkai daun kari

1 cawan minyak

3 tbsp butter


Bahan-bahan untuk udang goreng:

6 ekor udang besar

3 tbsp tepung custard 

Salt

1 cawan minyak masak


Untuk udang goreng:

Gaul udang dengan tepung custard and garam.

Goreng udang until crispy dengan api yang kuat dalam beberapa minit sahaja, then angkat dan toskan minyak dalam penapis.


Untuk egg floss:


Kacau telur kuning 5 biji. 

Masukkan minyak and butter then buka api perlahan. Panaskan dan kacau until butter cair.

Tuang egg yolks dari jarak tinggi daripada kuali sambil kacau gorengan telur guna whisk, Tuang telur sikit2. 


Kuatkan api. Goreng and kacau until buih-buih keluar.

Masukkan bawang putih cincang, cili padi, daun kari, sedikit gula dan garam secukup rasa and chicken powder. 

Sambung goreng until masak, keluar buih and naik bau, then tutup api tuang dalam penapis yang ada udang goreng tadi. Tapis minyak then biar sekejap bagi kering.

Credit : Naz Lifestyle







RESEPI KUIH SIPUT RANGUP

KUIH SIPUT RANGUP


BAHAN-BAHAN :

1kg tepung gandum

Cili kering | sukatan ikut pedas masing-masing

2 sudu makan rempah daging

1 sudu makan jintan manis dan jintan putih | campur dan tumbuk

1 cawan santan  | jangan terlalu pekat

1 cawan majerin | dicairkan

1 biji telur

Garam secukup rasa

Daun kari secukupnya


CARA MEMASAK :

1. Satukan semua bahan dan uli sampai jadi doh.

Jika perlu tambahkan air sedikit sahaja, dan rehatkan sekejap.

2. Kemudian dah boleh cubit dan tekan pada acuan. 

3. Tapi kalau nak cara senang guntingkan sahaja. Rasanya tetap sama walaupun bentuknya berbeza.

4. Kemudian boleh lah digoreng, api jangan terlalu kuat, guna api sederhana sahaja.


Kredit resepi: Marliza Ghazali





RESEPI TAUFU FAH

📍Bahan - bahan :

4 cawan air

6 gram agar agar tali

2 kotak besar soya

1 keping gula melaka

2 sudu gula putih

1 helai daun pandan

1 hiris halia

-

📍Cara - cara :


1. Didihkan 1 cawan air dan agar agar tali. Bila dah larut, masukkan air soya kotak besar. Biarkan mendidih.

2. Tutup api kemudian tuang dalam bekas dan simpan dalam chiller selama 2 jam.

3. Masak 3 cawan air bersama gula melaka, gula putih, daun pandan dan halia.

4. Lepas larut dan mendidih, tapis dulu.

5. Masa hidang nanti kaup agar agar guna senduk pastu tuang air gula melaka.


Dah siap!

Kredit resepi: Intan Mazura Masri











Tuesday, 13 February 2024

GOLDEN POTATO BALL

 Credit : Hajar Shaha






Monday, 12 February 2024

GARLIC BREAD & CREAMY MUSHROOM

Bahan sup :

300ml air

500ml susu segar

1-2 kiub ayam

1/2 st daun parsley

1/2 st serbuk lada hitam

1/2 st garam

1/2 cawan tepung gandum

1/2 sb mentega

1 tin cendawan butang(potong hiris/cincang)

Sedikit serbuk perasa


1. Masuk air & susu dalam periuk.Masak hingga mendidih baru masuk kiub ayam.

2. Kacau 2-3 minit masuk lada hitam,cendawan.Kacau lagi dalam 15 minit.

3. Masuk daun parsley, mentega, garam & kacau lagi dalam 10 minit.

4. Tepung dibancuh dengan air & kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapis dalam periuk.

5. Kacau sebati. Sup akan menjadi pekat. Reneh agak lama supaya semua masak elok.


Garlic Bread


Bahan roti :

Roti Perancis-hiris (Saya guna roti gardenia je)

2 sudu besar mentega

Secubit daun parsley

1 ulas bawang putih bakar sekejap & tumbuk halus


1. Campur semua bahan & sapukan atas roti. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan.

Kredit resepi foto : Yatie Yusof



AYAM GORENG HOT & SPICY

Bahan-bahan :-

🐣Ayam

Tepung jenama BESTARI

Tepung Gandum

Tepung Beras

Serbuk Cili (jika perlu)

Minyak Masak


***Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin


Cara-cara :

1. Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh smpai jadi sederhana pekat (ikot pada kuantiti ayam)

2. Masukkan ayam dalam bancuhan tepung tadi & perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam & rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Sy perap 5 jam.

3. Sediakan tepung untuk salutan pulak

4. Cmpurkan tepung bestari yg blm di bancuh dgn air dgn tepung gandum & tepung beras (sy xda sukatan yg tetap. Main agak2 je. Anggaran 1 senduk tepung bestari 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras

5. Pastu amik aym yg dh perap tdi masuk dlm cmpuran tepung kering & salutkan serata. Buat seketul2 sebab kalau buat bnyk2 dia jadi x cntik & tak bersalut. So kene sabarrrrrr masa bedak kan dia.

6. Masukan aym dh salut tadi dalm minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyak sekata & ayam terendam (xperlu gaul2 banyak kali. Biakan dia masak dgn tenang)

*masa goreng dlm periuk or kuali boleh la masuk kan 3-4 ketul. Jgn bnyk2 sngt. Ikot saiz tmpt masak tu lerrr

7. Lepas tu dah masak kan agak2 kekuningan. Angkat lerrrr. Lepas tu ngap la 😂


SELAMAT MENCUBA rakan rakan semua.

Cdt : FB Kuali Berasap




Monday, 5 February 2024

KFC COLESLAW RECIPE

 The Famous KFC Coleslaw Recipe😋🔥

Ingredients:

1/2 cup mayonnaise

1/3 cup sugar

1/4 cup milk

1/4 cup buttermilk

2 1/2 tablespoons lemon juice

1 1/2 tablespoons white vinegar

1/2 teaspoon salt

1/8 teaspoon pepper

8 cups finely chopped cabbage (approx. 1 head)

1/4 cup shredded carrot (1 medium carrot)

2 tablespoons minced onion

How to Make It:

-Be sure cabbage and carrots are chopped into very fine pieces (a little bigger than rice)

-Combine the mayonnaise, sugar, milk, buttermilk, lemon juice, vinegar, salt and pepper in large bowl. Beat until smooth

-Add cabbage, carrots, and onions. Mix well.

-Cover and refrigerate for at least 2 hours, if you let it sit over night it’s even better.

Cdt : Cynthia K. Mosley



APAM BERAS

Bahan - bahan :

2 cawan nasi

2 cawan gula pasir

3 cawan air

*Blend hingga halus


3 cawan tpg beras 

1 cawan tpg gandum

1 paket yis (brand  Saf - Instant)

*Campur semua bahan and blend

*Perap 2 - 3 jam utk kembangkan adunan

*Adunan memang cair

**Sediakan kelapa putih dan tabur sedikit garam utk mkn dgn apam


Sapu minyak pada acuan 

Kukus selama 15 minit

Tunggu apam sejuk, baru keluarkan dari acuan


*Selamat mencuba*

Kredit : Owner Resepi



Sunday, 4 February 2024

ROTI PURI TANPA YIS

 Bahan-bahan: 

4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil garam

1 cawan air

3 sudu minyak masak

Cara penyediaan doh:

1. Campurkan ke semua bahan dan uli sehingga menjadi doh, Selepas siap uli, ambil doh sedikit-sedikit kemudian bulat-bulatkan seperti saiz bola pingpong.

2. Perap doh kira-kira 30 minit. Lepas perap, ambil doh dan leperkan atas pelandas. Gelekkan sehingga nipis. Lakukan sampai doh habis.

3. Panaskan minyak masak atas kuali. Kemudian, masukkan sekeping doh roti yang dah dileperkan tadi.

4. Semasa menggoreng, simbah-simbahkan minyak panas kat belah atas roti supaya naik kembung. Masak sehingga keemasan.

5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Cdt : Puan Siti Hawa Abdul Aziz FB



PANDAN MUFFIN

 Jom Buat Pandan Muffin!🧁 


Resipi dia mudah jee, lembut gebu, sedap pulak tu tapi jangan tuang penuh kalau tidak... 🤣


✨Bahan-bahan:

(untuk 15 biji)

- A: 1 1/2 cawan susu segar

- 1 cawan mentega cair

- 3/4 cawan gula

- 1 telur

- 1/4 sudu teh pewarna pandan

- B: 2 cawan tepung gandum

- 1 sudu teh serbuk penaik

- 1 sudu teh soda penaik


✨Cara-cara:

1. Campurkan bahan A. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan B.

2. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas, isikan kira-kira 3/4 daripadanya.

3. Panaskan air fryer hingga 150 darjah selama 3 minit.

4: Masak selama 15 minit.


Sumber Resipi & Gambar: Nur Filzah Akma






LEPAT PISANG

 Resepi Lepat Pisang

=========

Bahan-Bahan:

2 cawan pisang, yang sudah dilecek

1/4 cawan gula putih

1 cawan tepung gandum

3 sudu besar tepung beras

1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)

1/4 cawan kelapa parut

1 sudu kecil garam


Cara-cara penyediaan:

1) Panaskan periuk kukus.

2) Parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti.

3) Gaul sekata pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam. Ketepikan atau rehatkan adunan seketika.

4) Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit.

5) Potong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan.

6) Sudukan adunan sebanyak 3 sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi. Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas.

7) Susun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 hingga 25 minit.


Tips:

Jika tak ada gula nisan atau gula melaka keping, boleh juga digunaka gula melaka berbentuk silinder, dalam anggaran 1/3 ketul.

Kredit : Che' Nom