Jom Buat Pandan Muffin!🧁
Resipi dia mudah jee, lembut gebu, sedap pulak tu tapi jangan tuang penuh kalau tidak... 🤣
✨Bahan-bahan:
(untuk 15 biji)
- A: 1 1/2 cawan susu segar
- 1 cawan mentega cair
- 3/4 cawan gula
- 1 telur
- 1/4 sudu teh pewarna pandan
- B: 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh soda penaik
✨Cara-cara:
1. Campurkan bahan A. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan B.
2. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas, isikan kira-kira 3/4 daripadanya.
3. Panaskan air fryer hingga 150 darjah selama 3 minit.
4: Masak selama 15 minit.
Sumber Resipi & Gambar: Nur Filzah Akma
0 comments:
Post a Comment