About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday, 21 April 2025

SUKATAN UNTUK OPEN HOUSE

“Nak Buat Open House Tapi Tak Tahu Nak Masak Berapa Banyak? Ini Sukatan Untuk 30-50 Orang!”

Aku selalu dapat soalan nak kena masak berapa banyak kalau tetamu sekian sekian.Bagi mereka yang mahir tak jadi masalah,bagi beginner ni mereka tak tahu.Jadi aku share serba sikit panduan bagi mereka yang nak buat open house @ makan makan secara kecil kecilan ( 30-50 orang)

1. Nasi (Putih / Minyak / Arab)

 • 1 orang: ½ cawan beras (±90g)

 • 20 orang: ±2 kg beras

 • 50 orang: ±5 kg beras


1kg beras dapat 3kg nasi, kalau kamu buat banyak menu, 1kg beras boleh makan 10-18 orang.Kalau menu kamu nasi jer, boleh makan 10 orang!

2. Ayam (Masak Merah / Percik / Goreng)

 • 1 orang: 1 ketul sederhana

 • 20 orang: 2 ekor ayam (potong 10–12)

 • 50 orang: 5 ekor ayam

kalau ayam tu kecik gandakan,kalau ayam tu 2kg dah ngamla,dan tengok juga ada menu lain tak.Kalau takda menu lain kena lebihkan portion.Kalau banyak menu lain contoh laksa,bihun,soto bakso dan sebagainya,cukup dah tu.Adjust la nanti ikut keperluan

3. Daging (Rendang / Kurma / Gulai)

 • 1 orang: ±100g

 • 20 orang: ±2 kg

 • 50 orang: ±5 kg

kalau menu berkuah, 1kg daging boleh makan 10 orang.Kalau menu ko daging jer, takda lauk lain, 1kg tu boleh makan 5 orang saja.

4. Mee / Bihun / Kuetiau Goreng

 • 1 orang: ±80–100g mee mentah

 • 20 orang: ±2 kg

 • 50 orang: ±5 kg

5. Sayur (Campur / Acar / Ulam)

 • 1 orang: ±50g

 • 20 orang: ±1–1.5 kg

 • 50 orang: ±3–4 kg

6. Air Minuman (Sirap / Teh Ais / Air Buah)

 • 1 orang: 1.5 cawan (±300ml)

 • 20 orang: ±6–8 liter

 • 50 orang: ±15–18 liter

7. Kuih / Pencuci Mulut

 • 1 orang: 2–3 biji kecil

 • 20 orang: ±60 biji

 • 50 orang: ±120–150 biji

Tips Ekstra Mak-Mak:

 • Buat extra 10–15% untuk “top-up” sebab selalu ada yang tambah makan.kalau banyak menu, orang akan ambik serba sikit jela.

 • Kalau ada kanak-kanak ramai, kurangkan portion nasi/sayur, tapi lebihkan kuih & air.

 • Untuk menu berkuah, pastikan cukup mangkuk, senduk & tisu—kadang tu yang selalu kurang.

Untuk para tetamu pulak, jangan membazir bila makan.Ambik sikit sikit dulu,tak cukup baru tambah.Ingatkan anak anak,ambik apa nak makan sahaja,jangan membazir sebab tuan rumah tu keluarkan duit untuk meraikan tetamu.Jadi bersyukur kita di ajak dan jadi salah seorang tetamu mereka.

Hormat tuan rumah yang bersusah payah sediakan makanan.Sedih hati tuan rumah kalau tengok dalam tong sampah banyak lebihan makanan yang elok lagi tapi di buang.Beringat ingat kita,jaga adab sebagai tetamu.Inshaallah ada keberkatan nanti.


Kredit: Ticer Sue




0 comments:

Post a Comment