About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday, 21 October 2025

MANGO THAI TAPIOCA PEARL

Fuhhhh nikmat wey makan ni time cuaca panas. 

Memang lega tekak. Sejukkk nikmattt πŸ˜‹πŸ˜‹

Nah resepi boleh buat sendiri.

.

1250ml susu 

Gula

Mangga

30g serbuk agar-agar

Thai tapioca pearl. Halal.

Susu cair

.

Kredit : Mia Zulaikha






Friday, 17 October 2025

KHASIAT LEMON

Satu paket utk satu cawan.. kemudian frozenkan.

Lemon satu hirisan, bunga cengkih 3 kuntum & halia sehiris.. kita lebih suka halia merah sbb baunya lebih kuat.

Kalau nak minum tambah madu 1 sudu & air panas.

Terima kasih sis Joan Keisha semalam share tips nih. Idea yang bagus, kalau tidak kadang lemon kita selalu lembik.

Sumber : Shuhairi Shuhaini

Sunday, 12 October 2025

JENIS-JENIS MINYAK MASAK

Dulu selalu beli minyak botol… Pastu ada orang cakap, kenapa nak membazir sedangkan boleh je beli minyak paket sebab murah... Sama je minyak cuma packaging je lain…

Rupanya perbezaan dia pada nombor kod dalam bulatan tu… Kalau minyak botol pun ada kod yang berbeza…


Kod dia dan penerangan seperti di bawah πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

🍊 CP6 - Minyak lebih sihat, ada kandungan vitamin E, Tocotrienols, kurang berbuih dna makanan lagi sedap… Sesuai untuk salad dressing dan makanan suhu rendah…


🍊 CP7 - Kandungan asid lemak lebih tinggi, minyak cepat berbuih dan makanan cepat serap minyak… Sesuai digunakan untuk memasak dan mengoreng…


🍊 CP8 - Minyak cepat berbuih dan jadi hitam... Tidak boleh digunakan berulang kali…


🍊 CP10 - Minyak paket gred rendah senang berkeladak…

Kiranya ada perbezaan begitu lah… Minyak paket murah sebab ada subsidi…


Semuanya atas kita macam mana cara penggunaan…

πŸŒ€ Jangan guna minyak berulang kali…

πŸŒ€ Jangan guna minyak sama bila minyak bertukar warna…

πŸŒ€ Jangan guna minyak apabila asap banyak dihasilkan ketika dipanaskan…

πŸŒ€ Buang minyak apabila menjadi likat…

πŸŒ€ Kalau goreng haiwan berdarah, jangan diulang pengunaan minyak yang sama cukup hanya sekali sahaja… Sebab darah tersebut akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemak minyak tu… Bahaya pada tubuh badan…


Minyak masak terpakai jangan dibuang, kumpul banyak-banyak sebab boleh dijual balik… Minyak masak recycle digunakan untuk buat biodiesel… So tak lah rasa membazir walaupun hanya sekali guna je… Peace ✌🏻

FB : Ann Kijon

Sunday, 5 October 2025

PBD : Panduan Merekod Perkembangan Murid Dalam Kelas

PBD: PANDUAN MEREKOD PERKEMBANGAN MURID DI DALAM KELAS

Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk merekod perkembangan pembelajaran murid sebagai rujukan rakan guru. Rekod ini penting ketika guru membuat penetapan TP kemahiran (bahasa) dan keseluruhan selain evidens buku latihan dan ujian/kuiz yang dilaksanakan kerana pentaksiran tidak berlaku melalui kaedah tulisan semata-mata. 

Dengan adanya catatan perkembangan pembelajaran murid, guru-guru lebih mudah menjelaskan tahap kemajuan murid kepada ibu bapa dan tindakan yang boleh diambil bagi membantu murid terbabit.


A. CARA MUDAH DAN PANTAS

1.  SENARAI SEMAK RINGKAS ✅

 • Tandakan ✅ (kuasai) / ❎ belum kuasai).

 • Cepat dan sesuai apabila murid ramai.


2.  KOD WARNA

 • Hijau = Konsisten & Menjadi Contoh

 • Kuning = Boleh Buat & Kukuh

 • Merah = Tahu & Faham

   Sekali pandang nampak pola kelas.


3.  KOD BINTANG

 • ⭐️ = belum menguasai

 • ⭐️⭐️= dalam proses menguasai

 • ⭐️⭐️⭐️= telah menguasai

 • ⭐️⭐️⭐️⭐️= bantu kawan


4.  STICKY NOTE (Cara saya dulu)

 • Catat nama ringkas murid & pemerhatian 

   simpan dalam buku rekod atau fail khas/           murid.

 • Bukti mudah untuk semakan PBD.


5.  RAKAMAN SUARA /VIDEO RINGKAS

 • Sesuai untuk mengajar kemahiran bacaan, 

    hafazan, lisan.

 • Bukti autentik tanpa menulis panjang.


6.  CATATAN PADA BUKU NOTA MINI GURU

 • Catat perkembangan setiap murid, lihat  

    perubahan dan kemampuan murid 

    berdasarkan SP (catatan anekdot : Ali 

    mampu kira tambah dua digit)


7.  APLIKASI DIGITAL PERCUMA

 • Google Form, Padlet, ClassDojo.

 • Rekod tersimpan automatik.


8.  EXIT TICKET

 • Murid jawab 1 soalan ringkas sebelum tamat  PdP.

 • Guru kumpul untuk dijadikan data tahap  murid.


B.  RUBRIK (Lebih Sistematik)

 • Definisi: Deskripsi tahap penguasaan bagi 

    sesuatu SK (TP1–TP6).

 • Kelebihan: Spesifik, konsisten, mudah 

   jelaskan pada ibu bapa/pentadbir

 • Contoh BM (Menulis Karangan):

 • TP1: Menyalin perkataan asas.

 • TP2: Menulis ayat mudah dengan 

    bantuan.

 • TP3: Menulis 3–4 ayat lengkap.

 • TP4: Menulis perenggan ringkas.

 • TP5: Menulis karangan ringkas dengan 

    isi tersusun.

 • TP6: Menulis karangan matang dengan 

    hujah bernas.

*Apabila murid hasilkan tugasan, guru tanda pada rubrik - sudah menjadi rekod perkembangan.


C. CARA LAIN (Fleksibel & Kreatif)


1. CHECK IN/ CHECK OUT MURID                               

      •    Murid pilih warna / kad ikut kefahaman  sebelum  dan selepas PdP.          

       •   Guru ambil gambar → bukti progres.


2. BUKU REFLEKSI MURID                                       

        •   Murid tulis “Hari ini saya faham …” / “Saya masih keliru tentang …”.                

 Guru semak dan boleh padankan dengan TP


3. PORTFOLIO MURID (Digital /Fizikal)                                         

       •  Simpan hasil kerja terbaik murid.           

       •   Label TP pada setiap hasil.


4. PENILAIAN RAKAN SEBAYA

 • Murid nilai hasil kerja rakan ikut kriteria    

    mudah.                                                         

 • Guru sahkan dan catat 


5. GAMIFIKASI/LENCANA DIGITAL.                         

      •    Murid dapat “badge” atau bintang ikut    

            penguasaan.                                                     

      •    Rekod perkembangan boleh dijejak dari 

            jumlah lencana.


- Guru bebas mencatat di mana-mana sahaja, tidak ada ketetapan. Yang penting cikgu dapat menunjukkan catatan atau rekod perkembangan kemajuan murid yang dibuat apabila diminta.


*Semoga bermanfaat*

FB : Sisc Azura

PENAWAR KERACUNAN MAKANAN

Sardin penyelamat pantas tatkala keracunan makanan.

Saya telah pelajari ilmu ini sejak awal perkahwinan lagi, ketika itu, terbaca di salah satu laman perkongsian bagaimana sardin boleh dijadikan penawar sekiranya keracunan.

Ada satu ketika, semasa perjalanan pulang ke Kelantan bersama isteri, disebabkan gabungan makan atau gerai yang disinggah itu kurang bersih.

Saya diserang keracunan makanan, ketika itu badan terasa tidak sedap seperti keracunan (saya pernah juga keracunan sebelum itu).

Setibanya di bandar Raub, saya terus mencari kedai 7-Eleven berdekatan. Masuk ke dalam kedai tersebut, dan cari sardin dalam tin.

Kemudian masuk semula ke dalam kereta, dan buka tin sardin dan jamah terus seketul ikan sardin itu mentah-mentah.

YA memang tidaklah sedap pun bila makan terus begitu.

Namun demi penawar pantas, saya kunyah dan telan terus.

Kemudian saya tunggu beberapa minit, terasa satu badan seakan kena elektrik (tak tahu macam mana nak terangkan).

Akhirnya selepas lebih kurang 5-10 minit, badan saya kembali cergas seperti asal.

Penawar sardin itu memang berkesan.

Saya telah cuba beberapa kali untuk kes keracunan, setakat ni alhamdulillah menjadi penawar segera.

Andai anda dalam keadaan keracunan dan jauh daripada hospital atau klinik, bolehlah jadikan sardin mentah ini sebagai penawar pantas.

Bagus dijadikan bekalan untuk yang sering pergi berkhemah sebagai penawar, bukan sekadar makanan semata-mata. 

Sumber : Hadihaizil Din

Nota sardin : sardin yang digunakan adalah jenis sardin, bukan mackerel ya.




THE BEST SUNSCREEN

 



Wednesday, 10 September 2025

GLOBAL SUMUD FLOTILLA


 Free PalestineπŸ’š



ROTI PURI



Roti puri homemade, gebu & kembung cantik 😍

Bahan simple je – tepung, garam, minyak & air suam.

Step mudah, sekali buat confirm nak ulang banyak kali 🫢


πŸ“Œ Resepi Roti Puri cara Kak Sara

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar minyak masak / marjerin

½ sudu kecil garam

½ cawan air suam (anggaran, masukkan sedikit-sedikit)

Minyak untuk menggoreng


πŸ“Œ Cara-cara (Step by Step)

1. Masukkan tepung + garam + minyak ke dalam mangkuk.

2. Gaul rata, masukkan air suam sedikit-sedikit, uli sampai doh lembut.

3. Tutup doh, rehatkan 15 minit.

4. Bahagikan doh kecil-kecil, canai nipis bulat.

5. Panaskan minyak banyak, goreng doh hingga kembung & kekuningan.

6. Angkat & toskan. Siap!


Kredit : FB Sara Iskandar


Tuesday, 9 September 2025

COLOUR COMBINATIONS










 

Sunday, 7 September 2025

Let's goooo

Vacation energy hits differentπŸ˜‚