Sunday, 24 August 2025
Monday, 21 July 2025
Baja Kompos Organik
Proses langkah demi langkah untuk mengkompos sisa organik dari dapur menjadi tanah yang kaya nutrien untuk berkebun:
Langkah 1: Kumpul dan asingkan sisa makanan dan bahan tumbuhan seperti sayur-sayuran, daun-daun dan buahan tidak berasid, yang berfungsi sebagai asas kepada kompos.
Langkah 2: Tambahkan air ke dalam campuran, bagi membantu proses pereputan bahan organik. Sebaiknya Air Campuran EM Effective Microorganism.
Langkah 3: Timbunan kompos selepas beberapa hari dibolak balikan, bagi mempercepatkan pereputan. Sehingga berwarna kehitaman dan suhu tanah yang stabil (tidak panas).
Langkah 4: Hasil akhir: kompos yang subur dan kaya nutrien telah digunakan untuk menyuburkan tanaman secara organik
Jom manfaatkan pengkomposan dalam amalan berkebun secara lestari.
#KebunOrganik #KebunTanpaRacun #KebunMuniAbi
FB : Syafiq Wazan
Friday, 11 July 2025
Thursday, 10 July 2025
CARA PASANG VINYL UNTUK NEWBIE🤭
Hampa.. Seperti yg kami janjikan kemarin..
tips kalau hampa nak pasang vinyl floor corak tulang ikan.
Alasan-
Susunan cara 1 tu rapat ke dinding..
Mmg akan menjimatkan penggunaan vinyl.
Mudah tuk hampa nk potong vinyl tu tadi sb potongan menegak ja.
Kurang wastage nanti.
Jimat vinyl, jimat la duit hampa.
Susunan cara 2 tu pun boleh..tapi akan guna byak vinyl nanti.. Sb pa? Sb tepi dinding nanti hampa kena potong senget.. Byak wastage vinyl akan terjadi..so bazir ja.. Kalau expert yg buat, depa boleh potong bagi sama..
Kalu nubis cam kita ni haa, tangan pun terketaq2 nak potong, jgn harap nak sama dan ngam tuk sambungan vinyl..
Hampa paham dak? Kak hampa nak buat video pun malu🤭
Kalau xfaham, hampa tnya la na..
Sekian sedikit perkongsian dari kak yg x seberapa ni.
Kalau ada otai2 yg expert, sila betulkan kalau salah.
Hari ni kak pasang lantai guna gam tarik bulan(dunlop, ca blue) sb ni pasang kat bahagian depan umah.. Tahan ayaq. Customer xmau corak tulang ikan.. Kalau dak kak belanja hampa video tadi😉✌️
Sini kak sertakan video cara nak sapu gam ni.. Smbil2 kak hampa ngah pening gam ni.. Sampai ke bulan dah ni ha.
Enjoy na.. Maaf kalau ada silap dan salah.
Semoga bermanfaat untuk semua
Kredit : Encik Bard
Thursday, 3 July 2025
PETUA HILANGKAN KOTORAN PADA CUCIAN
Petua A
Hanya dengan menggunakan sabun pencuci pinggan + sitrun + air, ternyata boleh membersihkan pelbagai jenis kotoran seperti:
-
Kesan Karat
Kesan karat pada baju, lantai jubin, atau sudu boleh hilang dengan campuran ini. -
Baju Putih Kusam
Rendam baju putih yang sudah kelihatan kusam menggunakan campuran ini, kemudian lihat hasilnya. Namun, penggunaan bahan ini tidak digalakkan setiap kali mencuci. -
Kain Dapur Kotor
Jika tiada soda penaik, anda boleh menggunakan sitrun untuk mencuci kain dapur yang kotor. -
Kesan Kunyit
Kesan kunyit pada kain atau peralatan boleh hilang dengan campuran ini. Rendam selama 30–60 minit, nescaya kesan kunyit akan hilang.
Petua B
- Kesan Dakwat: Gunakan alkohol/pencuci tangan (hand sanitizer)
- Kesan Minyak: Gunakan tepung jagung atau bedak bayi
- Kesan Rumput: Rendam pakaian dalam air sejuk yang telah dicampur sabun pencuci pinggan
- Kesan Cat: Gunakan penghilang cat atau thinner
- Kesan Luntur: Rendam pakaian dalam air panas yang dicampur garam/ajinomoto dan detergen
- Kesan Kuning (deodoran): Tabur garam dan sabun pencuci pinggan, biar seketika kemudian sental
- Kesan Kuning (bawah lengan): Gunakan bedak bayi, soda penaik, atau cuka
- Kesan Nasi: Gunakan sabun pencuci pinggan, ubat gigi, atau soda penaik
- Kesan Kulat: Gunakan campuran peluntur dan detergen cecair
- Kesan Minyak Enjin: Gunakan gel lidah buaya atau campuran soda penaik dan detergen
- Kesan Degil: Rendam dengan sodium perkarbonat + sabun pencuci pinggan + air panas
~Semoga Bermanfaat 👍
#petua #tipspembersihan #rumah #trikberguna #tutorial
Sunday, 22 June 2025
POKOK CILI BONSAI
Korang taknak pokok cili tinggi melampai?nak pokok cili pendek dan berbuah? pokok cili jadi rendah, padat, tapi berbuah🤭macam "cili bonsai" atau cili pasu mini. Memang comel dan sesuai untuk kebun kecil, balkoni atau hiasan dapur 🌶️✨
Nak yg comey2 ☺️Korang boleh cuba 7 cara ni;
1.Bila pokok ada 4–6 daun sejati, potong pucuk utama.
Ini akan buat pokok rendah tapi mengeluarkan banyak cabang — cabang ni akan jadi pengeluar bunga & buah.
Teknik ni bantu pokok rimbun bawah, bukan tinggi menjulang.
2.Tanam dari Tunas Air / Keratan
tanam cili ambil dari keratan tunas air, pokok akan cepat berbuah walaupun belum cukup besar.
3.Tanam dalam pasu sederhana atau batas rendah, bukan yang terlalu luas.
Akar terbatas = pokok tak membesar tinggi
Bila keluar cabang, potong lagi untuk bentuk kanopi rimbun.
Ini bantu jadikan bentuk bonsai lebat bawah, bukan tinggi. sangat, tapi fokus berbuah.
Pangkas dahan panjang yang tak seimbang → bantu pokok kekal mini & rapi.
4. Kawal cahaya & siraman
Letak di tempat terang tapi bukan panas terik
Siram cukup lembap, jangan terlalu basah
5.atau tanam benih cili padi kampung / cili burung liar, jenis semula jadi pokok rendah dan berbuah cepat.
6.bagi baja buah sikit2 tak payah banyak kita nak pokok makan sikit2 kasih diet 😆
Bagi ¼ sudu kecil saja per pokok (kalau baru mula berbunga/berbuah)
Tabur jauh sikit dari batang (±5–7 cm keliling pokok)
Gunakan juga foliar spray (baja sembur) untuk daun sihat tapi tak membesar sangat.
🤭Jangan terlebih baja nanti Buah mungkin keluar banyak, tapi pokok cepat tua & mati awal.
7.cuba tanam pokok yang dah tua/matang/bantut pokok tu akan kekal pendek tapi buah rimbun.
#gengkebun
Kredit : FB Ila Garden
Monday, 2 June 2025
SYIAH @SHIA
Syiah itu bukan Islam. Apa alasannya? Syiah lebih mengagungkan cucu Nabi, Hasan dan Husin, berbanding Nabi Muhammad. Mereka hanya mengakui satu daripada empat sahabat Nabi iaitu Ali bin Abu Talib. Tiga yang lain (Abu Bakar, Umar, dan Uthman) mereka benci dan hina. Ibadah mereka hanya tiga waktu: pagi, tengah hari dan petang, berbeza dengan Islam yang lima waktu. Mereka solat menggunakan batu Karbala sebagai tempat sujud sedangkan Islam tidak menggunakannya. Masih banyak lagi unsur kesyirikan yang mereka lakukan yang dilarang dalam agama Islam. Contohnya nikah mut'ah @ nikah kontrak— ia halal bagi mereka, tetapi tidak dalam Islam. Banyak perbezaan dan penyelewengan yang mereka lakukan daripada ajaran Islam.
_______________________________________________
Shia is not Islam -Why? Shia glorifies the Prophet’s grandsons, Hasan and Husayn, more than Prophet Muhammad. They acknowledge only one of the four companions of the Prophet, which is Ali bin Abu Talib. The other three (Abu Bakr, Umar, and Uthman) they hate and insult. Their worship is done in three times — morning, noon, and evening — unlike Islam’s five daily prayers. They pray using a Karbala stone as a place of prostration, while Islam doesn’t use that. There are many other acts of polytheism they commit which are forbidden in Islam. For example, temporary marriage (mut'ah) is considered halal for them, but not in Islam. There are many deviations from Islamic teachings in their practices.
Note:
This statement contains controversial religious opinions that are critical of the Shia sect within Islam. It’s important to approach such topics with sensitivity and an understanding that religious beliefs and interpretations vary widely. If you're researching this further, consider looking into both Sunni and Shia perspectives from credible and scholarly sources.
Tuesday, 27 May 2025
BAHASA BRUNEI
JOM BELAJAR BAHASA BRUNEI
Ani = ini
Atu = itu
Miatu = begitu
Miani = begini
Kadiaku = Saya atau pada diri saya
Kadikau= Kamu atau pada dirimu.
Kadidia = Dia atau pada dirinya
Aku = Saya
Kita / Biskita = Kamu
Kitani = Kita
Bisdia/bisdurang = Mereka
Awu = Ya
Inda = Tidak
Tah = Lah
Mun = Kalau
Bah = Penambah ayat yang menghidupkan bahasa Brunei.
Bibiran = Celupar
Mengelimut = Mengumpat
Tampik = Belah
Usin = Duit
Gadung = Hijau
Tarukubi = Ungu
Indada = Tiada
Iya = Dia
Bangkawat = pelangi
Tambing = Sungai
Tabasan = Sawah
Menguyung = Menghalau
Payuk = Tangkap
Sangal = Sengal
Panyap = Kemas
Bejurit = Bersepah
Jarih = Letih
Limpang = Baring
Daras = Kuat
Damit = Kecil
Basar = Besar
Bekarih = Bersungguh
Belurih = Berhasil
Andang = Memang
Bekameh = Buang air kecil
Beria = Buang air besar
Ijap = Takut
Sasah= Cuci
Mengantak = Menjerang/Memasak
Alai = Sayang (panggilan)
Mua = Muka
Marung = Muram
Bida' = Hodoh
Ulah = Perangai
Birah = Kegatalan (perangai)
Apa ulah = Apa boleh buat
Parun,Tunu,Salai = bakar
Simpar = Libas
Sambat = pagi
Panggilan = Kenduri kawin
Tarabah = Jatuh
Tapuruk = Terperosok
Bajaur/Bajau (kedayan) = Berjalan-jalan
Cuik = piring kecil
Kudut = Piring Besar
Sasaban = Kayu pemotong makanan
Esbok = Peti Sejuk
Kepaingan = Kebiasaan
Kebuliyangan = Terkejut
Kurapak = Sembang
Ngalih = Penat
Palui = Bodoh
Sigup = rokok
Malabui = timbul
Gulayan = Sayuran
Batah = lama
Berinut = minta diri.
Mulih = Pulang
Bubut = kejar
Lusir = lari
Nyaman = sedap
Bisai = cantik,indah,baik
Linggang = lembik
Berantam = bergaduh
Menyeluru = mengejek
Buyuk = tipu
Kudut =pinggan
Awu = iya
Iskul = sekolah
Samak = semak
Licak = lembut
Piasau = kelapa
Biabas =jambu
Berinut = minta diri
Limpas = lintas,lalu
Kampis = nipis
Bangas = basi
Lakat = masih
Ingar = bising
Pelakian = boyfriend/Suami
Pebinian = girlfriend/isteri
Basing = tupai
Baie = khinzir
Kuyuk = anjing
Kilala = kenal
Sikui = tembikai
Kepayas = betik
Ambuk = monyet
Dian = lilin
Bekarap = bekelip
Dandam = rindu
Semberana = cuai
Lagau = panggil
Bepanggil/Menitir = kenduri
Memapak = mengunyah
Baibun = begurau
Menyasah = cuci kain
Pelacahan = takungan air di dapur atau parit
Kamah = kotor
Tuntul = siput sedut
Tekuyung = Siput
Dalus = lokan
Carik = koyak
Merakit = mendekatkan
Tuhut = lutut
Buntak = pendek
Mengalakari = menipu
Tejulayak = tersadong
Mengarabat = jatuh
Bekerabatan = bertempiaran
Pendidip = mancis
Bedudun = Berkunjung
Aimulah = Arwah
Luan = Terlampau
Ingau = Peduli
Bagas = Bekas
Gauk/jajal = Nakal
Begual = Main muzik tradisional
Kalat = Tali
Takul = peluk
Kubak = Kopek
Lakap = Tertanggal
Takuladas = Terkupas
Rumpang = tiada gigi
Sumpak = sumbing
Melagur = berdentum
Lagur lakap = porak peranda,kucar kacir.
Kaban = peti
Celapa= tempat simpan sireh
Calap = Celup
Pencalap = pewarna
Aing = Air
Umoh = Serbuk pencuci
Gagawi = Sudip kayu
Lanjang = periuk
Tapuk = Sembunyi
Sandi = Teruk
Marak = Menyala
Kredit : Brunei dot com
INSTALL MASSA UNTUK KESELAMATAN HANDPHONE ANDA
[JANGAN TUNGGU SAMPAI TERKENA BARU NAK ALERT]
Beberapa minggu lepas, phone adik aku tiba-tiba panas gila. Battery drain macam air. Dia ingat sebab banyak buka apps rupanya ada apps jahat tengah mengendap dalam phone dia.
Lagi teruk, apps tu tak muncul kat home screen langsung. Diam-diam makan data, akses info tanpa izin. 😱
Aku terus minta dia scan guna satu apps nama dia MASSA (Mobile Assessment Security Scanning Application) Dibina oleh pakar keselamatan. FREE. Takde iklan. Tak payah daftar.
Yang penting, terus boleh scan phone kau dan kesan benda pelik.
Kalau jumpa malware, spyware atau aplikasi mencurigakan, dia akan detect. Kau boleh simpan Analysis ID dan terus hantar pada Cyber999 kalau perlu.
Apps ni bukan antivirus.
Tapi dia lebih kepada “pemeriksa teknikal” untuk pastikan phone kau tak sedang kena skodeng, root access tak dibuka, atau ada certificate pelik disuntik diam-diam.
Kau tak payah pandai IT pun, just install → buka → bagi permission → scan. Semua result boleh tengok sendiri.
Kalau kau jenis simpan gambar anak, password bank, atau kerja confidential dalam phone. Tolong lah install MASSA hari ni juga.
Sebab kita bukan takut masa kena, kita takut bila kita TAK TAHU pun kita tengah kena.
[Download sekarang kat Google Play Store]
Search je: MASSA - Mobile Assessment Security Scanning Application
Disclaimer : Setakat ini, aplikasi MASSA (Mobile Assessment Security Scanning Application) hanya tersedia untuk peranti Android melalui Google Play Store di Malaysia. Tiada versi rasmi untuk peranti iOS seperti iPhone atau iPad yang diumumkan oleh pihak pembangun atau CyberSecurity Malaysia.
Credit : Hariz Ridhauddin
Friday, 16 May 2025
ROTI GULUNG SOSEJ CHEESE
Roti Gulung Sosej Cheese
Korang kalau takde idea sangat nak bekpes apa, buatlah menu ni, best tau, pagi2 buat roti gulung ni sedappp wei dengan secawan kopi pasti menyelerakan
Cara nak buat pun mudah sangat, guna 4 bahan je
Bahan :
1. Roti keping
2. Sosej
3. Cheese sedap
4. Telur
Kredit : youthayuju





























