Wednesday, 25 December 2024
ISA AS
Tuesday, 24 December 2024
TIPS ELAKKAN BATU KARANG
TIPS ELAKKAN BATU KARANG
Batu karang terbentuk di dalam ginjal apabila kandungan ‘crystal-forming substances ‘ ( bahan yang membentuk kristal biasanya kalsium, oxalate, uric acid) adalah lebih daripada air.
Apakah makanan yang boleh meninggikan risiko mendapat batu karang?
1. Makanan yang tinggi garam terutamanya sodium
- Makanan di dalam tin
- Makanan yang diproses
- Makanan segera
- Makanan yang dijeruk
- Makanan yang mengandungi soda bikarbonat
2. Makanan yang tinggi kalsium
- kalsium tak boleh terlebih diambil setiap hari. Cuba cari susu atau keju atau yogurt yang rendah lemak. Makanlah bersama hidangan yang asas supaya penyerapannya lebih elok.
- Jadi, jika doktor tidak menyarankan anda mengambil supplemen kalsium, tolong jangan membazir beli supplemen kalsium.
3. Makanan tinggi garam oxalates
- Bayam
- Sweet potatoes
- Cokolat
- Kopi
- Teh
- Minuman bergas
- Kekacang
- Makanan atau minuman soya ( supplemen soya lagi tidak digalakkan)
Apabila oxalates dan kalsium bergabung, lebih meninggikan risiko mendapat batu karang.
4. Makanan tinggi protein haiwan
Selain dari tinggi uric acid, makanan berasaskan protein haiwan adalah tinggi kalisum oxalate.
Jadi, untuk sesiapa yang mengamalkam diet protein sahaja, hentikan lah. Atkins diet tu mengarut sangat.
Makanan yang sihat adalah suku suku separuh.
Suku karbohidrat, suku protein, separuh serat ( sayur dan buah)
5. Elakkan supplemen atau vitamin C
Vitamin C atau nama lainnya ascorbic acids dapat meninggikan risiko mendapat batu karang.
Jadi, minum air masak secukupnya setiap hari (2-4 liter bergantung saiz badan).
Elakkan atau kurangkan makanan yang disebut diatas.
Dan tolong jangan tahan kencing.
Simptom simptom batu karang adalah :
1. Sakit sewaktu kencing
2. Kencing berdarah atau bewarna cokolat
3. Kencing berwarna keruh
4. Kencing berbau
5. Sakit di bahagian bawah tulang rusuk ( di sisi badan ) dan belakang badan
6. Sakit di bahagian ari ari
7. Demam
8. Meloya atau muntah
9. Sakit kepala
Rawatan dia bergantung kepada simptom dan keadaan saiz batu. Ada orang makan ubat, ada orang perlu laser, ada orang perlu surgery.
Yang penting, takmau lah sampai jumpa bomoh untuk buang batu karang secara batin. Berdosa besar percaya sesuatu selain Allah azz wajala.
Aaaa camtu.
Dr Erna Nadia
Terpaling batu🫶🏻
Saturday, 14 December 2024
PUDING ROTI SOS CUSTARD
BAHAN-BAHAN :
Roti 8 keping koyakan
Susu segar 2 cawan
Butter 3 tbs
Fresh milh setengah cawan
3 biji telur gred A/B
1 tsp esen vanilla
CARANYA :
Susu curah dlm roti sampai serap dlm roti, kacau2 manja je..
Curah dlm loyang..tekan2 manja..nak nampak tinggi guna loyang saiz 4,5 inci sahaja..
Tabur pula kismis@chocolate chip@buah ceri hijau merah potong2..(hiasan)
Dlm kuali cairkn butter 3 tbs
Tutup api... Curah pula susu segar setengah cwn..
3 biji telur gred A/B..
Esen vanilla 1 tsp
Kacau sebati semua bahan..curah atas roti tadi...curah sikit2 pakai sudu bagi rata.
Ok boleh bakar dlm oven.
Suhu 180'c api atas bwh dlm 45 minit atau sampai masak..letak kat tray bawah sekali ye.
Nampak permukaan atas dah keperangan, bau dah wangi, masak dah tu...
Masa bakar adunan memang mengembang tinggi...
Tggu suam dia akn turun balik..
Ok bolehlah potong kalau nak makan panas2...
CARA BUAT SOS CUSTARD :
1 tin susu cair..
Setengah tin susu pekat...
1 tsp esen vanilla
3 tbs tepung custard...
1 cawan air ...
Satukan semua bahan...
Masak sampai menggelegak..
Ok siap...boleh curah atas puding tadi ..
Credit : Pn. Habsah Ngah (MAHN)
Sunday, 24 November 2024
PUDING RONARONI
Resepi puding terpaling sedap dan gebu. Resepi mak saya.
BAHAN - BAHAN :
1 paket serbuk agar² 10g
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
3 tin air kosong
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecik esen vanilla
CARA - CARA :
Masuk semua dalam periuk
Kacau jangan henti ya api slow
Sampai didih matikan api
Bila dah suam, tuang dalam bekas
Nak buat yg fruity boleh sapu filling tepi bekas
Kalau nak buat yg adea topping, sila tuang (1sb gelatin dan air suam larut kan campur pada filling yg disukai. Pastu boleh tuang atas puding)
Dah siap boleh sejukkan. Senang kan😊
1 adunan boleh dapat 40 pieces
Credit : Azlina Ina Fans
Friday, 15 November 2024
KACANG GORENG BEREMPAH
Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni..
500gm Kacang tanah
5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
*sb - Sudu Besar
*sk - Sudu Kecil
Cara-caranya :
● Bersihkn kacang tanah...(bilas n jemur kering sehari sebelum nk buat
● Campur semua bahan (kacang+bwg putih+serbuk cili+gula+garam+telur)
● Gaul smpai sebati
● Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati
● Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana
● Bila dah masak, angkat dan tapis/tos kan minyak sebelum dimasukkan dlm bekas.
Kredit : Siti Azura
Thursday, 14 November 2024
MEE KARI STYLE CHINESE IPOH
Bahan A:
(Kisar halus)
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 3 ulas
1 genggam ikan bilis
1 batang serai dititik
Bahan B:
4 sb rempah kari ikan
1 sb cili kisar (ikut suka nak pedas mana)
1 kotak santan kara
Segala jenis fishball, fishcake, tofu kosong
2 ketul kiub ayam
Garam
Gula
Serbuk perasa
Bahan C:
(hiasan)
Taugeh tak perlu celur
Daun bawang
Cara-cara:
Panaskan minyak goreng serai sampai naik bau. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak. Masukkan rempah kari dan cili kisar yg telah dibancuh air.
Tumis 3x kering air. Tambah air secukupnya + 1 kotak santan kara, kiub ayam, garam, gula. Masukkan segala jenis fishball & tofu kosong. Masak hingga mendidih.
Ps: Minyak jgn byk, sbb nk mkn dgn mee, nnt cepat muak. Kuah kari ni kene cair2 je tau. Cukup rasa rempah & santannya. Ngam kalo mkn dgn fucuk ikan goreng 🥰
Kredit : Dora Nurlaily KJ














