About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday, 30 August 2018

RESEPI ACAR RAMPAI
Credit : Pak Engku




Bahan A

2 Camca besar Halba Campur ~ jintan manis, jintan putih, halba dan biji sawi
3 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih ~ dikisar
6 ulas bawang merah ~ dikisar
5 tangkai cili kering ~ dikisar
2 biji tomato ~ dikisar ( blh potong baji aje )
1 camca kecil serbuk kunyit
2 camca besar rempah kari Babas
3 camca besar cuka
1 ketul gula Melaka
300 ml air
100 ml minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B
5 ulas bawang putih ~ belah 2
10 ulas bawang merah ~ hiris kasar
2 inc halia ~ hiris halus
15 tangkai cili padi ( boleh kurangkan )
2 biji timun ~ ambil bahagian luar sahaja, bahagian tengah buang, potong mancis
2 batang lobak ~ potong mancis 
50 gm bijan ~ di sangai ( jika suka)

1-Panaskan minyak dan tumiskan bahan A hingga harum dan pecah minyak
2-Tambahkan cuka, air dan gula Melaka, masak hingga pekat
3-Perasakan dengan garam secukup rasa
4-Akhir sekali masukkan bahan B dan gaul rata
5-Taburkan bijan
6-Sedia di hidangkan😋


Resepi Asal : Blog Masam Manis

0 comments:

Post a Comment