About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday, 13 May 2025

DECLUTTER

Kadang-kadang bukan rumah sempit… tapi barang yang ada buat ruang nampak sempit & semak. Jom kita tengok senarai barang rumah yang patut dibuang ikut ruang, sebab buat semak & tak perlu pun!





Kredit: Impiana

Monday, 12 May 2025

CARA BERSIHKAN UDANG


 

LITTLE GREEN PORCH❤️

 












Rindu ni Bucida tree...akar dia mau melarat pi building terpaksa ditebang huhuu


MEKAP LEBIH TAHAN LAMA


 

Tuesday, 22 April 2025

WAJIK SEDAP

 Assalamualaikum..

Salah satu manisan sejak zaman dahulukala.

Tempat saya panggil "pulut kacau" (wajik/pulut manis) sedap dengan rasanya yang lemak manis.


Resepi Wajik 

(cara saya, sukatan sedikit gandakan jika nak buat banyak)


2cwn beras pulut

(cuci bersih, kemudian kukus/tanak hingga masak)

-/+2cwn santan pekat

-/+2gengam gula merah (saya x ada gula melaka)

Garam secukup rasa (untuk naikan rasa lemak)

Daun pandan simpul(tambah aroma)


Caranya:

Satukan gula merah dgn santan.

Kacau hingga gula larut.

Kemudian tapiskan dalam kuali.

Masak hingga mendidih dan pekat sedikit.

Kemudian masukan pulut yg dah di masak tadi.

Kacau hingga pulut berpisah antara satu sama lain.

Jangan bagi depa dok membawang berketoi2 sangat (gurau)🤣

Masak hingga pekat melekat elok. 

Pulut pon dah tak berketul dah nampak berkilat hekklokkk tuu, tutup apiii.

Tuang masuk bekas.

Sejukkan dulu baru potong.

Nak makan panas2 pon sodapp.



TIPS SUKATAN MASAKAN KENDURI


 

KEK BELACAN

 ❤️ Kek Belacan ❤️

(Loyang 8.5" x 8.5" x 4") 


Bahan2: 

500gm mentega (Lurpak) 

1 cawan gula kastor

1 tin serikaya (180gm) 

10 biji telur

1 cawan susu pekat manis

1 sudu besar esen vanila

1 cawan Horlicks

1 cawan serbuk coklat 

200gm Milo 

2 cawan tepung gandum

3 sudu besar gula hitam


Cara2: 

Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dgn mentega & alaskan dgn baking paper.

Putar mentega bersama gula kastor & serikaya hingga kembang & berkrim. Masukkan telur secara bertahap & pukul hingga sebati. Kemudian, masukkan susu pekat manis & esen vanila. Pukul sekadar bercampur rata.

Masukkan Horlicks diikuti dgn serbuk coklat, Milo & tepung gandum. Pukul adunan sampai sebati.

Akhir sekali, masukkan gula hitam. Pukul hingga rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan & tutup dgn aluminium foil.

Kukus selama 3 jam dgn api sederhana. 


❤️Selamat Mencuba❤️

Kek Lapis 

 Sarawak


FB : Mila

Monday, 21 April 2025

SUKATAN UNTUK OPEN HOUSE

“Nak Buat Open House Tapi Tak Tahu Nak Masak Berapa Banyak? Ini Sukatan Untuk 30-50 Orang!”

Aku selalu dapat soalan nak kena masak berapa banyak kalau tetamu sekian sekian.Bagi mereka yang mahir tak jadi masalah,bagi beginner ni mereka tak tahu.Jadi aku share serba sikit panduan bagi mereka yang nak buat open house @ makan makan secara kecil kecilan ( 30-50 orang)

1. Nasi (Putih / Minyak / Arab)

 • 1 orang: ½ cawan beras (±90g)

 • 20 orang: ±2 kg beras

 • 50 orang: ±5 kg beras


1kg beras dapat 3kg nasi, kalau kamu buat banyak menu, 1kg beras boleh makan 10-18 orang.Kalau menu kamu nasi jer, boleh makan 10 orang!

⸻

2. Ayam (Masak Merah / Percik / Goreng)

 • 1 orang: 1 ketul sederhana

 • 20 orang: 2 ekor ayam (potong 10–12)

 • 50 orang: 5 ekor ayam

kalau ayam tu kecik gandakan,kalau ayam tu 2kg dah ngamla,dan tengok juga ada menu lain tak.Kalau takda menu lain kena lebihkan portion.Kalau banyak menu lain contoh laksa,bihun,soto bakso dan sebagainya,cukup dah tu.Adjust la nanti ikut keperluan

⸻

3. Daging (Rendang / Kurma / Gulai)

 • 1 orang: ±100g

 • 20 orang: ±2 kg

 • 50 orang: ±5 kg

kalau menu berkuah, 1kg daging boleh makan 10 orang.Kalau menu ko daging jer, takda lauk lain, 1kg tu boleh makan 5 orang saja.

⸻

4. Mee / Bihun / Kuetiau Goreng

 • 1 orang: ±80–100g mee mentah

 • 20 orang: ±2 kg

 • 50 orang: ±5 kg

⸻

5. Sayur (Campur / Acar / Ulam)

 • 1 orang: ±50g

 • 20 orang: ±1–1.5 kg

 • 50 orang: ±3–4 kg

⸻

6. Air Minuman (Sirap / Teh Ais / Air Buah)

 • 1 orang: 1.5 cawan (±300ml)

 • 20 orang: ±6–8 liter

 • 50 orang: ±15–18 liter

⸻

7. Kuih / Pencuci Mulut

 • 1 orang: 2–3 biji kecil

 • 20 orang: ±60 biji

 • 50 orang: ±120–150 biji

⸻

Tips Ekstra Mak-Mak:

 • Buat extra 10–15% untuk “top-up” sebab selalu ada yang tambah makan.kalau banyak menu, orang akan ambik serba sikit jela.

 • Kalau ada kanak-kanak ramai, kurangkan portion nasi/sayur, tapi lebihkan kuih & air.

 • Untuk menu berkuah, pastikan cukup mangkuk, senduk & tisu—kadang tu yang selalu kurang.

Untuk para tetamu pulak, jangan membazir bila makan.Ambik sikit sikit dulu,tak cukup baru tambah.Ingatkan anak anak,ambik apa nak makan sahaja,jangan membazir sebab tuan rumah tu keluarkan duit untuk meraikan tetamu.Jadi bersyukur kita di ajak dan jadi salah seorang tetamu mereka.

Hormat tuan rumah yang bersusah payah sediakan makanan.Sedih hati tuan rumah kalau tengok dalam tong sampah banyak lebihan makanan yang elok lagi tapi di buang.Beringat ingat kita,jaga adab sebagai tetamu.Inshaallah ada keberkatan nanti.


Kredit: Ticer Sue




Saturday, 19 April 2025

🤭


Saturday, 5 April 2025

 𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗖𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗣 😋👍

⁣

Kuah kacang simple

Blend

3 btg serai

2 inchi halia

2 biji bawang merah(besar)

Segenggam cili kering

⁣

Tumis sampai pecah minyak

Masukkan 2 sudu kecil  asam jawa adabi tanpa biji tu.. (masukkan sikit2.. takut masam sangat nnt)

Masukkan kacang goreng blend kering 2 cawan.. kalau x pekat.. tambah lagi..

Masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam ikut suka hati.. kuah kacang sedap kalau  manis

Pecah minyak sekali lg..

Siapppppp

⁣

Nasi impit rebus sblm tido lg sng.. kuah kacang buat awl x apa.. makin lama panas kann makin sedap .

Ada suka masuk udang kering.. terpulang..

Kalau kuah pekat sangat masukkan air k..selamat mencuba

⁣

𝘾𝙧𝙚𝙙𝙞𝙩: 𝙖𝙗𝙙𝙪𝙡 𝙧𝙖𝙯𝙖𝙠 𝙖𝙗𝙙𝙪𝙡 𝙧𝙖𝙝𝙞𝙢