About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday, 30 August 2018

RESEPI DODOL (Resepi Bersama Noxxa)
Credit : FB NurJannatul Naim



Bahan-bahan :

Beras pulut 500gram..rendam dlm 2 jam atau sejam..kalau nak guna tepung pulut pon boleh..yg ni lebih cepat..
Gula merah sekilo(masak bersama sedikit santan sehingga sebati, api jgn terlalu kuat..nanti berketul pulak santan..kemudian sejukkan seketika.
Gula putih stgh sekilo(nak manis boleh tambah lagi)
Santan dlm 5 biji(air perahan agak2) ambik pati sahaja.. 

Cara-cara :

1.Blendkan beras pulut atau tepung pulut bersama santan..
2. Masukkan gula merah yg sudah sejuk dan gula putih..pastikan gula merah sejuk..kalau x nanti berketul2 bila bercampur dgn adunan beras pulut n santan..masukkan gula putih sekali..
3. Kacau sebati dan masukkan ke dlm inner pot..kemudian steam 20..

4. Setelah steam habis..stir fry kan sehingga betul2 dah xmelekat..n cantik..biar stir fry kan sendiri..nak tggl pon xpa..kacau sekali sekala ja..xkan hangit..selalu nya sy angkat bila dah betul2 xmelekat kat sudip..yg tu baru rasa dodol yg di masak guna api kayu..terbaik dpt dlm 5 atau 6 bekas tupperware..
RESEPI AYAM BUTTERMILK




Bahan-bahan:

25 minit
2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya


Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. 
Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk Ayam Buttermilk:

Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tips:

Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.

RESEPI ACAR RAMPAI
Credit : Pak Engku




Bahan A

2 Camca besar Halba Campur ~ jintan manis, jintan putih, halba dan biji sawi
3 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih ~ dikisar
6 ulas bawang merah ~ dikisar
5 tangkai cili kering ~ dikisar
2 biji tomato ~ dikisar ( blh potong baji aje )
1 camca kecil serbuk kunyit
2 camca besar rempah kari Babas
3 camca besar cuka
1 ketul gula Melaka
300 ml air
100 ml minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B
5 ulas bawang putih ~ belah 2
10 ulas bawang merah ~ hiris kasar
2 inc halia ~ hiris halus
15 tangkai cili padi ( boleh kurangkan )
2 biji timun ~ ambil bahagian luar sahaja, bahagian tengah buang, potong mancis
2 batang lobak ~ potong mancis 
50 gm bijan ~ di sangai ( jika suka)

1-Panaskan minyak dan tumiskan bahan A hingga harum dan pecah minyak
2-Tambahkan cuka, air dan gula Melaka, masak hingga pekat
3-Perasakan dengan garam secukup rasa
4-Akhir sekali masukkan bahan B dan gaul rata
5-Taburkan bijan
6-Sedia di hidangkan😋


Resepi Asal : Blog Masam Manis
FISH LEMON BUTTER
Credit : FB Kak Ida's Kitchen





Bahan2nya
************
Isi ikan dicelup tepung
Bawang besar
Bawang puteh
Halia
Daun kari
Lada hitam atau lada sulah
Lada besar
Tepung ubi
Bijan puteh@ hitam
Air lemon
Garam gula

Utk ikan bertepung
********************
Isi ikan di potong kecil2.(isi ikan sutchi)
Tepung ubi
Lada sulah
Kicap masin
Gaul semua bahan2 bersama isi ikan...goreng satu2


Wednesday, 29 August 2018

RESEPI BULGOGI @KOREAN GRILLED BEEF




Cubalah..mudah dan sodap😋😘

Bahan2 :
500g daging (potong bkeping nipis)
5 ulas bawang putih (parut)
1 1/2 inci halia (parut)
1 biji bawang holland/kuning/bombay(hiris)
1sk cuka
3sb gula
4sb kicap manis
1sb sos lada hitam
1sk soya sauce
1sb minyak bijan
1sk cili flakes/serbuk cili/serbuk lada hitam
sedikit garam

Bahan hiasan:-
Daun bawang(hiris pjg dlm 2cm)
Bijan (sangai)

Cara2 memasak:

1)Campur semua bahan dalam mangkuk kecuali daging dan bahan hiasan. Kacau rata.

2)Masukkan daging. Kacau sampai semua daging bersalut.

3)Perap 3 jam

4)Guna nonstick fry pan. Grill/bakar letak sekeping sekeping. Masukkan sekali bawang yg dihiris masa bakar.

Siap! Angkat hidang..tabur daun bawang dan bijan

Kaedah masak lain yg mudah dan agak bkuah tp rasanya sama je😄

Pakai nonstick fry pan and just masukkan semua bahan daging dan 1/2 sos perap tu dlm fry pan. Masak sampai daging msak..tabur daun bawang dan bijan.

Sedap dimakan dengan nasi panas2 @ wrap dengan salad letak kimchi sikit😘😘

Kredit resepi: Nurul Suhada Mazlin




RESEPI DAGING PERAP KOPI ALA SEOUL GARDEN (GRILLED COFFEE BEEF)
Credit : FB MAHN - Suzy Esazyla








Bahan2 dan cara memasak :
1- 1/2 kg daging pejal (takde urat dan lemak)
2- 3 sudu tepung gandum 

- Hiris daging nipis2 dan potong memanjang ikut urat daging.
- Cuci dan rendam daging dgn sedikit tepung gandum.
- Rendam dalam 3 minit dan toskan.


Bahan PERAPAN ( Utk 1/2 kg daging )

Dari kiri....(picture no.2)

 3  sudu makan - Kicap manis ENAQ 
 3  sudu makan - Kicap masin ENAQ
 3 sudu makan  - Sos tiram 
 2 sudu makan -  Kicap PEKAT mee
 4 sudu makan - Kicap PEDAS ENAQ
 2 atau 3 pack NESCAFE - ( ORIGINAL )
    Boleh cuba 2 pack dulu..( ikut citarasa masing2 )
 5 Sudu MINYAK MASAK ( lupa shoot ) 
 5 Ulas bawang merah ( kisar )
 2 ulas bawang putih ( kisar )
 Garam dan gula secukup rasa

Campurkan semua bahan..termasuk bawang dan kisar hancur..

Pastu..kita campur semua bahan perapan...don't worry..xyah perap lama2 ..1/2 jam dh cukup tau.. lama lagi..lagi sedap la... 😋😋😋




RESEPI BBQ ALA SEOUL GARDEN 😋😋
Credit : FB MAHN - Nana Sabrina Sarsan

Bah mari kita try ni resepi😄 semua pun sedaaappp😋😋😋











Sunday, 24 June 2018

Cerita Pokcik Bawang😄

Terbaca coretan sis ni di FB. Mmg x patutlah pokcik ckp camtu kat anak sedara sendiri. Tak baik tau pokcik. Bljr kat mane ilmu membawang ni haaa.. Bacalah. Best tau..

-----------------------------------------------------------------
"Macam mana ni kak long, anak pakcik kawen tahun lepas dah mengandung dah tahun ni"
Aku sengeh. Aku balas, "Ha tu la ada jugak contact2 dia hari tu tapi tak reply"

"Dia mengandung dulu ni kak long"
(Laa..dah rezeki dia, nak buat cam mana? Aku dah mula annoyed dengan pakcik sorang ni)

Tiba-tiba dia tanya,
"Kak long ni nak mengandung ke tak nak?"

Aku diam.
(Soalan apa dia tanya ni? Tak masuk akal kot)

"Cuba bagitahu, kak long ni nak mengandung ke tak? Ke taknak mengandung sebab takut gemuk? Yela, org lepas mengandung selalu gemuk. Takut gemok ke?"

Aku diam.
(Eh, hari tu aku gemok kau bising, hari ni aku kurus pun kau bising. Macam mana orang yang pemikiran macam ni. Bukan first time aku dapat soalan cm ni, dah banyak kali. Korang ni jeles ke aku maintain slim je? Apa masalah korang ni? Kalau kau gemok lepas kawen, tu masalah kau la)

"Cuba cakap skg, kak long ni nak mengandung ke tak ni?"
(Ya Allah, pakcik ni dah buat aku mendidih ni. Aku mmg tak sangka ada soalan bodoh cam ni terkeluar dari seorang pakcik yg aku respect)

Tapi aku balas, "Mestilah nak, takkan tak nak pulak" Sambil cedok kuah laksam panas-panas.

Pastu pakcik aku gelak-gelak dengan lagi 2 orang pakcik sambil didengar oleh wife pakcik aku dengan anak pempuan dia sekali.

"Ha habis tu bilanya nak mengandung? Anak pakcik dah mengandung pun"
(Okay ni memang buat aku marah. Menggigil tangan ni cedok kuah laksam)

Aku tak diam.
Aku pun berpaling kepada audience aku kat dapur.
"Macam ni lah. Saya kawen dengan husband saya dah 6 tahun. 6 tahun tu bukan tempoh singkat tau, pakcik"

"Tula kalau 6 tahun tu patut ada la sorang dua anak"
(Eh, jap saya tak habis lagi speech saya pakcik)

"Macam-macam tau saya lalui dengan husband saya. Kawan-kawan saya, ada 2 tahun kawen, cerai. Ada dapat anak sorang, cerai. Ada baru setahun kawen, cerai. Banyak tau cabaran dia."

Dia mcm nak jawab, pastu aku terus cakap "Tu anak pakcik tu, belum tentu boleh survive 6 tahun macam saya"

-awkward silent kat dapur-

Semua senyap je tak kata apa. Aku bukan la nak doa tapi kau jangan la compare aku punya life, mengandung tak mengandung ke dengan anak kau yg baru kawen terus mengandung. Anak ni kan rezeki mutlak Allah. Macam jugak ajal, jodoh & rezeki.
You lose my respect 👎 Wife dia berubah air muka. Anak dia senyap. Semua la senyap.

Tiba-tiba,

Sorang makcik bawang menyampuk, "Orang tua2 pun ada cabaran jugak"

Aku terus balas, "Haa tau pun. Sebab tu jangan mengata orang lain"
Aku pun selamba je bawa kuah laksam panas2 tadi ke ruang tamu. Nasib tak simbah kat dia.

My points is,
1. NEVER COMPARE YOUR DAUGHTER/SON WITH YOUR NEPHEW/NIECE. Be humble. Because you never know what your daughter's future holds.
2. If you think your life is better, so it's enough. Do not belittle other people's life. Kalau la aku ni mulut jahat, boleh je keluarkan semua fakta lain.
3. Anak tu kan rezeki mutlak Allah. Jangan question pasal rezeki Allah pada orang lain.
4. Mentality. Jangan la sempitkan pemikiran tu, asal orang tu lambat mengandung je, cakap dia takut gemok. Hello, ramai je kot my friends yang dah ada anak 3-4-5 orang semua slim je, tak gemok pun. Aku geleng kepala je la ngan orang camni 🤦🏼‍♀️

Disclaimer: Everyone has their own timeframe. Move with it. 🏃🏻‍♀️

FB: Nor Fasihah Azam

Friday, 22 June 2018

GIO😻

Hi!😽 Meet Gio, the oldest cat in my home. He's a purebred maine coon. This handsome fella has blood parasite. Pity him😢






Ricky😻

This is Ricky. He's a dad of two cute lil' kittens. I'm not sure what breed Ricky is. Might be a mixed breed just like Mogwai.