RESEPI AYAM GORENG ALA MCD & KFC
Bahan-bahan diperlukan:
- 500gm kacang tanpa kulit
- 15-20 ulas bawang putih (blender dengan sedikit air dan sedikit garam) - masin ikut selera sendiri
- 20 ulas bawang putih (dihiris) - banyak pun boleh, suka hati.
- Segenggam ikan bilis
- Air
- Minyak
- Daun kari 5 tangkai (supaya kacang lebih wangi😊)
Cara menyediakan dan memasak:
- Didihkan air didalam periuk. Masukkan pes bawang putih sedikit dan sedikit garam. Bila dah mendidih tuangkan kacang. Rebus dlm 3 minit dan tutupkan api. Biarkan selama 3-4 minit pastu toskan.
- Gaul kacang dengan bawang putih yang diblender tadi. Boleh tambah garam kalau belum cukup masin. Perap setengah jam.
- Panaskan minyak. Goreng kacang tadi sehingga hampir kekuningan. Kemudian masukkan daun kari, bawang putih yang dihiris dan ikan bilis sehingga bawang putih/ikan bilis garing dan kacang masak. (Kalau takut kacang/ikan bilis/bawang putih hangus boleh goreng asing).Saya lebih suka goreng asing2.
- Bila dah masak toskan dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk bolehlah dimasukkan dalam balang kedap udara. Selamat Hari Raya 😂