My version😊
Bahan-bahan :
2 cwn tepung pulut
1 cwn tepung gandum
1/2 bj kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
Minyak utk menggoreng
Bahan utk sira:
1 cwn gula
1/2 cwn air
2 helai daun pandan disimpul (jika ada)
Cara-caranya :
Campurkan kesemua bhn ke dlm bekas.
Tuang air sikit2 dan uli sampai tepung agak2 tak melekat kat jari.
Cubit adunan sebesar bola ping pong, bulatkan dan kemudian dileperkan.
Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana.
Cara membuat sira:
Masukkan gula,air dan daun pandan.
Masak dgn api sederhana sehingga berbuih pekat.
Masukkan kuih getas yg digoreng td, matikan api dan kacau tanpa henti sampai gula bersakar.
*Untuk mengelakkan kuih kembung dan meletup, cucuk kuih yg tengah di goreng dengan garfu.
0 comments:
Post a Comment