About me

My Photo
Miss Lulu Suka Pink
I am happy with my life right now. The good outweighs the bad, and I realise how blessed I am❤️ Alhamdulillah��
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday 10 October 2018

RESEPI BERGEDIL SARDIN / DAGING / AYAM
(My Version😊)




Bahan bahan:
1/2 kg ubi kentang 
1 tin kecil sardin / 200 gm daging/ayam kisar - goreng tanpa minyak
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat 
1 sudu besar bawang goreng 
2 inci lobak merah - parut kasar
2 tangkai daun sup - dihiris halus 
1/2 labu bawang besar - di potong dadu 
2 biji telur ayam - asingkan kuning dan putih 
Garam secukup rasa 

Cara cara:
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu. 


Masukkan semua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata dan dirasakan dulu garamnya. Setelah cukup rasanya, masukkan telur kuning. Ambil sedikit adunan dan dikepal kepalkan. Bentukkan bulat dan kemudian dileperkan sedikit. Buat sehingga habis. 

Dalam bekas lain, kocak kocakkan telur putih. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur putih terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan. Minyak tak perlu banyak sangat, agak agak tenggelam separuh begedil sahaja. Nota: boleh juga jika ingin menggunakan sebiji telur (putih dan kuning telur) untuk mencelup.

Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan begedil sehingga ia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat. Insyallah begedil tidak pecah. Bila dah masak, angkat dan toskan atas tisu dapur. 

Resepi Sambal Kicap Kaw
Cili padi 10-20 biji
Bawang putih 5 biji
Air Asam Jawa
Blend semua sekali smp hancur
Letak kicap, garam, gula
Masak skjp atas api yg kecil

0 comments:

Post a Comment