Oleh Chef Hanieliza
Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang
Bagaimana cara nak masak Getuk Ubi Kayu?
Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
- 1 kg ubi kayu (Dikupas kulit dan dipotong kecil)
- 4 sudu makan gula
- 1 cawan kelapa parut (Diambil putih sahaja)
- ½ sudu teh garam
- Minyak masak secukupnya
Bahan B
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu makan tepung gandum
- ½ cawan air
- Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
- Rebus ubi kayu. Kemudian tus dan tumbukkan sehingga hancur.
- Gaulkan ubi kayu dengan gula, kelapa, dan garam sehingga sebati.
- Bentukkan seperti bebola kecil.
- Bancuhkan semua bahan B dan celupkan bebola ubi.
- Goreng menggunakan minyak yang panas sehingga berwarna keperangan.
- Angkat dan tuskan minyak.
- Sedia dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment